Showing posts with label Fenomena Luar Biasa. Show all posts
Showing posts with label Fenomena Luar Biasa. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

14
Comments
Drama NORA ELENA Slot Akasia TV3 - CETUS FENOMENA LUAR BIASA


TAJUK DRAMA : NORA ELENA
SALURAN : SLOT AKASIA TV3 (ISNIN - JUMAAT 7PM)
PELAKON : Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Wan Sharmilla, Puteri Fateen, Erry Putra, Shah Iskandar, Ana Dahlia dan ramai lagi pelakon pembantu
TERBITAN : ASIA MEDIA CONTENT (AMC)
SINOPSIS : "Drama 24 episode yang diadaptasi daripada salah satu novel popular terbitan ALAF 21, KASIH YANG SUCI hasil tulisan Meen Zulaikha, mengisahkan perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu ketika berusia 15 tahun. Walaupun sukar melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupan seperti normal dan bakal mengahwini Saiful Idham. Namun keadaan mula berubah setelah Nora Elena bertembung dengan Seth Tan. Di atas sikap cemburu yang tidak bertempat, Saiful Idham  bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena. Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya umtuk menggantikan tempat Saiful Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Nora Elena dan Seth Tan? Saksikan drama ini di kaca tv anda."
Drama yg diadaptasi dr novel ini

Pemegang watak utama sebagai #SethTan
Pemegang watak utama sebagai #NoraElena
Sejak mula bersiaran pada 9 Mei 2011 sehinggalah ke Episode 20 ketika entry ini ditulis, drama NORA ELANA (NE) telah mendapat sambutan yang amat luar biasa. Sebab tu aku letak FENOMENA LUAR BIASA tuk tajuk entry aku nie. Salah satu sebab ialah drama ini diadaptasi dari novel yang memang laris di pasaran. Aku sendiri pun tertarik nak tgk drama nie sbb aku dh pnh baca novel nie sekali dulu, pinjam dari kawan. Mmg tahu novel Kasih Yang Suci (KYS) jln cite dia best. Lagi2 bila dapat tahu yang hero dia hero yang mmg aku suka dari dulu lagi iaitu Aaron Aziz. Apalagi mcm org mengantuk disarungkan bantal la.

Jalan cerita drama nie mmg digarap dgn baik sekali. Aku rasa lebih baik jalan cite drama nie than yg dlm novel tu. Ye la, novel tu kan tebal. Lagi details citenya. Ditambah lak ngan pelakon2 yg mantap. Dan yang paling terkesan adalah watak #SethTan yg dibawa oleh Aaron Aziz. Rasanya ramai yg folo cite nie sbb nak tgk si #SethTan. Watak #SethTan dalam NE nie mmg boleh buat semua wanita di luar sana *melting*. Kalu tanya la sapa2 yg tgk NE, pasti akan ckp yg dia org nak tgk wajah Aaron Aziz. "Ensem", "Hot", "Romantic" adalah antara reaksi bila di tanya pasal Aaron Aziz. Jgn silap ye, drama nie bukan saja tarik minat perempuan tuk menontonnya, tapi kaum adam pun tak kurang yg meminatinya.May be yg kaum adam nie nk tgk si heroin dia iatu Siti Saleha. Tapiiiiiii ada juga kaum adam yg tgk sbb mmg suka ngan jalan cite drama nie. Don't play2 ye. Itulah penangan hebat dari drama NE nie.

Menurut sumber dari Gua.com, jumlah tontonan dikhabarkan untuk episode 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di http://www.tonton.com.my , sementara episode 16 sahaja mampu menarik 80,000 tontonan. Tidak perlu disangkal lagi "NORA ELENA FEVER" sedang melanda negara. Bukan itu sahaja, drama #NoraElena menjadi 1st Malay drama menduduki ranking #6 in Twitter-Malaysia-Trending. Mmg satu fenomena luar biasa yg jarang2 berlaku di dlm drama Melayu kita. Tgk shj timeline twitter setiap hari Isnin - Khamis, sejam b4 NE on air, pasti dipenuhi dgn tweets berkaitan NE. Masing2 tidak sabar menanti di hadapan TV menunggu NE. Malah ada yg membuat live update di twitter semasa NE tgh ke udara. Tka boleh ckp apa dah, mmg NE drama terhebat masa ini.
Wajah yg telah berjaya mencairkan & mencuri hati byk wanita2 di Msia, SG, Brunei, malah juga di Aussie, NZ dn jg di Middle East katanya....dunia tanpa sempadan...#NoraElena ditonton di serata dunia
Aaron Aziz blends so well with #SethTan punya character. #SethTan nie watak dia can be described as soft yet fierce, quiet yet loud and serious yet funny. When he loves, he loves fiercely, so consistent in everything and #SethTan nie boleh dikatakan sangat serius dengan perasaan dia. He so sure what he wants and he will work really hard towards it. NE adalah cinta pertama #SethTan. Cinta #SethTan berputik semasa mereka sama2 menetap di kampung yg sama. Kebetulan pula, NE adalah bersabat baik dengan adik #SethTan, Maria. Sesuatu perkara telah berlaku dan masa telah memisahkan mereka semua. 10 tahun #SethTan menjejaki NE dengan bantuan Maria. Berkat kesabaran dan cinta sejati, doa #SethTan dimakbulkan. NE muncul kembali dlm hidup #SethTan.

Pertemuan setelah 10 tahun terpisah....bak kata org tua2, kalu sudah jodoh x kemana ;)))
Watak NE dalam cite ini dibawa oleh Siti Saleha, seorang pelakon baru. Kalu sapa pernah tgh drama Ustaz Amirul, pasti mengenali wajah ini. Aku pun x pnh la tgk lagi SS nie berlakon sgt. Tgk Ustaz Amirul pun gitu2 ja. Di awai2 cerita, mmg nampak mcm dia x baper nk masuk ngan watak NE, TAPI from one episode to episode, aku boleh nampak ada peningkatan dalam lakonan dia. Ini pendapat aku la. So, aku pun mula dh suka ngan dia nie. Mmg cantik dia.No wonder la kalu kaum adam tgk NE nie sbb dia. Kalu aku yg bernama wanita nie puji cantik, apatah lagi la yg jantina yg lagi satu tu. Seperti Aaron Aziz, Siti Saleha juga berjaya mix around with Nora's punya personality and character dgn baik sekali. Di awai2 episodes (1-9), aku tgk mcm biasa ja. Aku x ckp jln cite x best. Awai2 cite byk berkisar konflik antara NE dan tunang dia Saiful Idham. so, tak thriller sgt la nk tgk. TAPI, after NE engaged dan kahwin with #SethTan, then only cite menjadi semakin menarik.
Akhirnya, #NoraElena menjadi hak milik #SethTan walaupun tidak sepenuhnya  lagi



Kepuasan terpancar di muka #SethTan apabila org yg dicintai sudah menjadi miliknya
Namun apa yang #SethTan harapkan tidak seindah impian. Hangatnya asmara #SethTan, namun hanya dia yang terbakar sendiri. NE bagai bayang2 yang tak dapat dipegang. NE masih tidak dpt menerima #SethTan dlm hidupnya. Sikap dingin yg ditunjukkan oleh NE, tidak sikit pun menggurangkan kasih sayang #SethTan terhadap NE. Malah semakin bertambah sayang terhadap isterinya. #SethTan percaya jika terus bersabar, pasti NE akan menjadi miliknya juga nnt.

Karakter #SethTan mmg kdg2 pasti mencuit hati.Dgn mimik muka dia, dgn kata2 dia, mmg slumber saja. A great job from Aaron Aziz. He carried along watak #SethTan in his own way. Sampai bila2 pun rasaya org akan ingat #SethTan in Aaron Aziz. I guess thts why this drama menjadi tontonan ramai.
"abanggggggggggggggggg.....' ~ #SethTan [I think this the cutest scene so far for me] ;)))
Akhirnya, Seth berjaya melembutkan hati Nora

Saat indah SethTan & NoraElena berbulan madu

Senyum kebahagiaan di wajah Seth & Nora Elena

Sooooooo gula2 ;)))

‎"Mmg iceberg la sape yg tak jadi fanatik Aaron Aziz lepas tgk #noraelena. mmg spesies simpan hati lam peti ais " ~ petikan kata2 from one of my twitter's frens (kaysaleez). It's sooooo TRUE what. ME can't denial la almost 'melting' setiap kali #sethtan bukak mulut bila ckp ngan #noraelena ;)))
READ MORE- Drama NORA ELENA Slot Akasia TV3 - CETUS FENOMENA LUAR BIASA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...