Tuesday, July 19, 2011

Home » , , , , , , , » STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 4

13
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 4


T E R B A E E E E E E E E K !!!!!!!!!!!!! Rasa-rasanya inilah episode terbaek yang dihasilkan from ladang STANZA CINTA. Kalau episode 3 yang lepas aku cakap TERBAIK, this episode MUCH TERBAIK than last week episode. Siapa sangka, drama yang mempunyai storyline yang agak lembab serta kucar kacir di permulaannya, tiba-tiba menjadi drama yang semakin menarik untuk ditonton. Inilah cerita yang ditunggu-tunggu oleh penonton. Walaupun masih ada diselitkan scene-scene yang tidak sepatutnya, let us abaikan saja scene-scene tersebut. Anggap sahaja scene-scene tersebut tidak wujud sama sekali. Episode kali ini memang very touching menyentuh perasaan sesiapa yang menontonnya. Skrip yang mantap yang menginsafkan di samping muzik latar yang masuk dengan skrip memberi kesan yang amat mendalam kepada penonton. Episode kali ini banyak berkisar tentang perubahan yang berlaku kepada Irfan.

Demi untuk memenangi hati Amni, Irfan sanggup menukar imej menjadi lelaki alim. Ini semua gara-gara idea sepupunya Fadhli. Amni yang terkejut melihat Irfan mula menyenangi lelaki itu. Scene yang menyentuh hati bermula apabila Amni mengajak Irfan untuk solat sebelum menghantarnya pulang. Ya Allah, hampir menitis airmata ini tatkala melihat Irfan yang tidak tahu solat. Sedih tapi itulah hakikat yang sebenar yang harus kita terima yang berlaku di dalam masyarakat kita sekarang. Betapa manusia lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini.

Sifat kelembutan & ketegasan Amni telah berjaya mencuri hati Irfan
Irfan yang pada mulanya hanya berubah untuk memikat Amni, mula tersentuh dengan kata-kata Amni. Bukan sahaja Irfan yang tersentuh, malah aku yang dengar pun turut rasa terpukul dengan kata-kata itu.
"Setiap apa yang kita lakukan untuk berubah mestilah dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Kalau tidak ikhlas tiada guna seperti debu-debu yang ditiup angin berterbangan." ~ Amni
"Hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk yang Maha Esa. Hidup bukan untuk mati, mati sebenarnya untuk hidup." ~ Amni
Memang sungguh mendalam maksud kata-kata di atas. Kalau Irfan pun tak faham, aku sendiri pun sukar untuk memahaminya. Amni cuba mengaitkan ungkapan di atas dengan persoalan di bawah ini:
"Pernah tak selama awak hidup terdetik sekali dalam hati awak apa tujuan awak hidup kat dunia nie, apa niat awak kat dunia nie...."
Kalau diamati kedua-dua ungkapan ini memang mempunyai maksud yang sama. Mari kita sama-sama renung-renungkan apakah matlamat dan tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Tepuk dada tanya selera masing-masing.
Sedikit demi sedikit Irfan mula belajar sesuatu dari Amni
Sekali lagi Irfan terserempak dengan Umairah di hospital. Terfikir pula aku kenapa kerap sangat si Irfan nie pergi ke hospital. Hopefully persoalan ini bakal terjawap nanti. Back to pertemuan Irfan with Umairah. Pertemuan kali ini memberi lebih impact atau kesan ke atas Irfan. Umairah yang sedang bertarung dengan penyakit kansernya sempat memberi pendapatnya mengenai soal kematian. Aku sungguh terkedu dengan kata-kata yang keluar dari mulut Umairah nie. Kalau yang mendengar tak terasa, aku tak tahu la hati jenis apakah yang di miliki oleh mereka ini.
"Kita jangan takut pada mati, kita jangan lupa pada mati.Kita kena rindu dengan mati sebab mati adalah pintu untuk berjumpa dengan Allah. Mati bukan pengakhiran kisah hidup kita. Tapi mati adalah awal cerita dalam hidup kita." ~ Umairah
 "Kita kena terima mati itu dengan penuh ketakwaan. Seorang manusia yang terbaik, seorang manusia yang soleh solehah, seorang manusia yang bertakwa, adalah seorang yang memanfaatkan dirinya untuk orang lain." ~ Umairah
Irfan mulai memahami kata-kata yang pernah Amni ungkapkan selepas mendengar penjelasan dari Umairah. Sedikit perasaan keinsafan timbul di dalam diri Irfan. Maka, segala-galanya bermula di sini. Atas kesedaran yang timbul, Irfan telah pergi berjumpa dengan ustaz tempat Amni mendalami agama. Sekali lagi, naluri aku tersentuh dengan pengakuan Irfan yang amat jahil tentang agama. Scene ini berjaya membuat airmata aku mengalir deras bak air sungai yang mengalir. Watak ustaz yang di bawa oleh Hilal Azman memang amat terkesan sekali. Gaya percakapannya yang memang ala-ala gaya seorang ustaz yang sebenar. Muka pun  sememangnya look like seorang ustaz. Boleh meremang tengkuk naik bulu roma setiap kali ustaz nie berkata-kata. Kata-kata yang dilontarkan secara automatiknya meresap terus ke  dalam kalbu. An excellence and great job from Hilal Azman.
"Bila kita nak dekat pada Allah, Allah lagi dekat kepada kita dan Dia akan bagi jalan macam mana kita nak lakukan."

Cuba korang hayati video di bawah nie. Honestly, memang aku tak dapat nak kawal my emosi setiap kali aku tengok balik this scene. Airmata pasti mengalir tanpa diundang, tanpa dipaksa tatkala mendengar setiapa bait-bait ungkapan yang keluar from mulut ustaz nie. Sesungguhnya aku pun turut merasa kekurangan diri yang SANGAT2 di dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Pintu taubat itu sentiasa terbuka sepanjang masa. Cuma kita sahaja yang tidak tahu dan tidak mahu merebut peluang itu. Allah sebenarnya senantiasa dekat dengan hamba-hambaNya TAPI hamba-hambaNya sahaja yang selalu menjauhkan diri dari-Nya. Sombongkah kita dengan Allah?

"Solat nie wajib. Dalam kubur nanti, soalan pertama yang ditanya, SOLAT. Kalau lepas soalan tentang solat, lepas lah yang lain-lain. Kalau tidak, Wallahuallam....." 
Ini ada satu lagi dialog yang aku meremang tengkuk bila mendengarnya:


Ada satu part tazkirah  ustaz nie pasal kelebihan memilih seorang isteri dari golongan wanita solehah. Dengar ja buat aku mahu berusaha untuk menjadi seorang wanita solehah. Persoalannya, mampukah aku? 


If I were given a chance to choose who will be my big brother, I will definitely choose Irfan. Hubungan Irfan dengan Iqlimah digambarkan terlalu rapat. Semasa Irfan hendak mengambill kamera dari dalam almari baju adiknya itu, dia telah terjumpa sekeping lukisan potret gambar Fadhli yang dilukis oleh adiknya. Baru Irfan tahu yang adiknya menaruh hati terhadap Fadhli. Bila Irfan sudah mendapat tahu yang adik dia suka sangat kat Fadhli sepupu dorang tu, terus ja dia pergi face to face "man talk" with Fadhli. Ini jelas menunjukkan Irfan adalah seorang abang yang very protective and caring. Terasa sedih la pula bila Irfan meng'amanat'kan Iqlimah kepada Fadhli. If I were Iqlimah, memang bangga SGT2 la dapat abang macam Irfan nie.

"Kalau aku tak ada, boleh tak aku harap kat kau jaga adik aku, sayang adik aku seperti mana aku sayang dia, boleh tak?"~Irfan
"Adik aku betul-betul cintakan kau dan aku minta tolong kat kau, tolonglah jaga adik aku, jangan sakitkan hati dia."~Irfan
Jelas terpancar wajah kebimbangan seorang abang yang terlalau sygkn adiknya
Irfan tiba-tiba rebah di masjid tempat dia belajar solat. Ustaz itu yang perasan Amni selalu bersama Irfan, telah menghubungi Amni. Keesokan harinya Amni bergegas ke masjid itu. Tindak tanduk Amni dengan riak muka seperti orang di dalam kebimbangan jelas menunjukkan yang Amni sudah mula mengambil berat terhadap Irfan. Irfan terkejut dengan kehadiran Amni. Mungkin Irfan sendiri tidak percaya yang Amni akan datang. Amni mengajak Irfan ke klinik tetapi Irfan menolak. Katanya,"Saya pengsan pun bukan pasal apa. sebab saya rasa terlalu sedih, tak sanggup menanggung rasa berdosa yang terlalu berat." Entah kenapa aku rasa sedih dan sayu bila dengar kata-kata Irfan nie. Kata-kata yang penuh dengan penyesalan yang amat sangat.
Amni yang sudah mula mengambil berat pasal Irfan
Sekali lagi watak Taufik masih lagi belum begitu menonjol. Dalam episode ini, keluarga Som datang meminang Taufik. Wallaweyh, perempuan pinang lelaki. Som nie kalu tak salah budak yang hantar makanan tu kan yang dalam episode 3 yang lepas. Biar betul, memang nampak so budak-budak. Taufik dengan Som nie macam abang dengan adik ja. Mak Som tu pulak, kak pah watak orang gaji Seth Tan dalam NORA ELENA. Lawak la pulak aku tengok. Hahahahahaha.....[padah sbb NE FEVER lom reda lagi]
"kak pah"  a.k.a ex-maid Seth Tan
Perang dingin antara Amni dengan Cik Ainon yang masih berlarutan. Aku tak faham apa masalah Cik Ainon suka cari pasal dengan student-student dia lagi2 dengan Amni. Mental aku tengok Cik Ainon nie. Sudah serupa orang gila kuasa gayanya.
Auni si gadis 'tomboy' yang mempunyai kisah lampau yang tidak dapat dia lupakan. Kisah yang menyebabkan dia menyalahkan takdir di atas segala yang berlaku. Kisah yang menyebabkan dirinya lupa bahawa dia adalah seorang yang beragama Islam yang punya tanggungjawak untuk dilaksanakan.
 "Jujur cakap saya memang jahil, Amni. Saya memang teruk. Tapi selepas saya jumpa awak barulah saya sedar, sedar cinta saya pada Tuhan melalui cinta saya pada awak." ~Irfan
"Amni, boleh tak awak beri saya peluang. Demi Allah saya ikhlas cintakan awak." ~Irfan
Akhirnya, Irfan berjaya meluahkan perasaannya terhadap Amni. Cinta Irfan kepada Amni telah menemukan cinta Irfan pada Ilahi. Apakah reaksi Amni? Adakah Amni akan membalas cinta Irfan? Nak tahu kena la kita tunggu episode yang seterusnya.



13 comments:

  1. wah.. ni update setiap episod ni nampak gaya nye .. minat story dia ke minat pelakon dia ni

    ReplyDelete
  2. @sabree hussin Secara jujurnya, saya peminat tegar Aaron Aziz. Follow cerita nie sbb ada Aaron Aziz :)

    ReplyDelete
  3. babeeeee! kali ni pun aku nk ckp Review ko CANTEQQQ!! kirenye mmg ko ash bakat la buat review cyte2 drama/film ko minat jadik yg terbaek..

    okies, msok bab drama ni plak, aku nye pandangan yg amat positif pada episod kali ni.. sebabnye banyak.. p aku ringkaskan la sebab ade yang aku ske ko dah letak kat dalam review ko..

    1. background song dye yg lagu ASTAGHFIRULLAH by OPICK tu mmg kne sangat ngan apisod kali tu sebab storyline dye more to repent and keinsafan dari Irfan yang mulenye nak berubah kerana Amni p pastuh dye ikhlas nak berubah and bertaubat kerana Allah..

    2. Aku puji cara lakonan Aaron yang bleh buat2 tak taw solat spye nampak real yang dye mmg x reti solat seperti ape yang dye ckp ngn Ustaz tu..

    3. dialog2 yang ducapkan oleh para pelakon pada episod ni banyak yang boleh buat kte yang mendengar ni berfikir and bertanye pada diri sejauh mane kte telah mengutamakan YANG SATU itu.. antara dialog2 yang aku ingt spt:

    # "Hidup bukan untuk hidup, hidup untuk Yang Maha Esa"

    # "Saye dosa sangat2 pada Tuhan, Ustaz.." (yang ni memang sedeyh sgt sbb trase sgt kat dr aku.. kt org laen aku x taw la..)

    # "Banyak sangat dosa saye x terkire..." (ni pun aku terkedu gak)

    # "Setan pun tunduk pada Allah, dia x tunduk pada Adam je.. Jadi kite..?" (yang ni aku mcm jawab kat diri aku jawapan dye.. p xnak la g taw org.. sbb aku rase sume ade jawapan yang same walau ayt laen2..)

    #ni ayat last sekali yang aku paling ingat.. "Hidup xde ilmu macam berjalan dalam gelap.."

    4. watak Irfan dalam cyte nih mmg sangat gentleman sebab dye admit and dye rendah diri mengaku kat ustaz tu yang dye x reti nk solat and ilmu agama pun kurang.. sebabnye, sekarang ni banyak yang ngaku tau solat ape sume p buatnye tidak.. tak pun, bile buat ade yang terpeleot..

    Yang aku x ske plak bile cyte ni x habis2 tunjuk cik Ainon yang terlalu taksub ngn bomoh2 ni.. mcm xde keje laen lak pompuan tua tu.. dah tu satu g bile dye ckp Amni kurang ajar.. padahal dye sndr kurang ajar p nk ckp orang sampai mak bapak pun dye sebut gak.. aku tym tu rase mcm nak sepak2 je muke pompuan tua x sedar diri tu..

    Dah tu yang satu lagi scene yang aku x ske bile Fadhli ade udang disebalik mee nak kikis harta parents Irfan sbb dah dpt tau adeq Irfan tu syok n cinta kat dye.. Busuk hati tol.. x ske aku..

    ape pun, mmg thumbs up utk episod kali ni though ade gak yang sengal2.. tapi, overall mmg aku ske.. :)

    ReplyDelete
  4. hehehe, ni mesti peminat setia Aaron kan? lalalla~

    ReplyDelete
  5. @ifwat sudah terang, jelas & nyata saya nie peminat setia Aaron :)

    ReplyDelete
  6. Fifi_Hendrenna FifianaJuly 21, 2011 at 12:02 PM

    salam sis..very2 excellent review..
    sy paling suka SC utk ep4, sgt2 menyentuh hati..
    lakonan Aaron Aziz dan ustaz, fuhh, thumbs up!!
    nur fathia pun dah improve ckt, tp fizz fairuz as taufik blum menonjol lagi..cant wait and looking forward for upcoming ep STANZA CINTA..

    ReplyDelete
  7. LY,
    tghmlm ari ni baru berkesempatan nak baca betul2 review u nih... memang padat.. semua ada... thumb-up... keep it up..

    ReplyDelete
  8. alahai drama ni,concept citer cm dh best, skrip pun ilmiah plus meruntun jiwa lg, pelakon2 pun x krg hbatnye,tp.. nape la garapan en pngarah begitu kelam kabut, kdg2 klakar plak jdnya tgok scene2 yg ntah pape n awkward,hish...Kalo x krn en AA yg brlakon, mmg x de hti nk tgok drama ni...

    ReplyDelete
  9. umairah meninggal dah ep terbaru ni..

    sedih le crt ni..pandai fathia berlakon..duk menangis je..feel sgt part dia menangis..sy pun menangis sekali..

    ReplyDelete
  10. Fifi_HendrennaFifianaAugust 9, 2011 at 6:10 AM

    salam sis..rindu la ngan sis & review2 sis :')
    bila nak up entry baru, SC dah sampai ep7 ni.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. sy pn suke giler lakonan aaron.
    btw citer dia sume sy follow. & cite ni pn mmg awesome!!

    ReplyDelete
  13. All my confusions have gone away. I am so benefited by visiting your site. Thanks sir share this information.He has really sweet responses to basically all of these- Thank you very much.
    Sad Dp
    More
    What is Love?
    More
    font copy and paste
    More
    অনলাইন কাজ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...