Wednesday, June 29, 2011

0
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA


Tidak sampai beberapa hari drama NORA ELENA melabuhkan tirainya, muncul pula lagi satu drama yang juga dari hasil adaptasi sebuah novel terkenal. Mungkin trending drama tahun 2011 memilih jalan cerita berdasarkan dari novel-novel yang hangat di pasaran. Seperti semua sedia maklum, drama NORA ELENA telah mencetuskan satu FENOMENA LUAR BIASA di dalam industri hiburan tanahair. Walaupun semasa entry ini ditulis, sudah masuk minggu kedua NORA ELENA berakhir, namun bahang drama NORA ELENA masih lagi hangat diperkatakan di mana-mana sahaja. Mampukah STANZA CINTA menandingi kehebatan NORA ELENA? Sama-sama kita ikuti drama 13 episodes ini yang sudah pun memulakan tanyangannya pada 19hb Jun 2011 yang lepas pada setiap hari AHAD jam 9 MALAM di TV3.

PROMO TRAILER STANZA CINTA TV3:

Drama STANZA CINTA ini diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "STANZA CINTA" yang ditulis oleh NURULL HALAWATI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, penulis buku ini juga merupakan orang yang sama menulis untuk skrip STANZA CINTA. Untuk mengetahui sinopsis novel ini, boleh melayari blog penulis itu sendiri, dengan mengklik di sini: SINOPSIS NOVEL STANZA CINTABagi yang belum memiliki novel ini, boleh juga membuat pesanan terus dengan penulis buku itu sendiri NURULL HALAWATI.
Novel "STANZA CINTA"
SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA:
"Amni Sofia (lakonan Nur Fathia) adalah seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. Sebagai seorang guru agama, Amni Sofia sedia upaya menjadi seorang insan yang solehah dan tidak dapat lari dari dugaan hidup dan dilema. Watak Irfan (lakonan Aaron Aziz) sebagai tunang Amni yang sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas. Irfan pemuda yang baik, kacak dan kaya raya tetapi kurang ilmu didikan agama, agak manja dan tidak pandai berdikari. Manakala watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz) pula adalah cinta pertama Amni. Taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan telah berjaya menambat hati Amni." [Sinopsis ini diperolehi hasil 'CSI' aku di laman sesawang]
Tunggak Utama "STANZA CINTA"
Cerita berkisar kepada cinta segi antara Amni , Irfan dan Taufik. Amni menyukai Taufik, tetapi Taufik tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Amni. Irfan yang lebih menyukai Amni. Irfan dan Taufik difahamkan adalah bersahabat. Amni akhirnya menerima Irfan setelah 'direject' oleh TAufik dan mereka bertunang. Apakah yang terjadi seterusnya kepada kisah percintaan mereka? Untuk mengetahui apa yang berlaku di antara mereka, kena la kita mengikuti perjalanan cerita ini sehingga ke penghujungnya.

JOM RAMAI2 KITA "LIKE" FANPAGE STANZA CINTA TV3

Sidang Media STANZA CINTA di Sri Pentas Bandar Utama. Sedutan video dari rancangan Fuhh! Episode 26.

Hayati salah satu lagu tema di dalam Drama  STANZA CINTA, "ANTARA KITA" Nyanyian Jed Madela dan Nikki Palikat:


HAPPY WATCHING!!!!!!!
READ MORE- STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA

9
Comments
SANTAU KERAMAT (2010) - ANTARA LAKONAN TERBAIK DARI AARON AZIZ



TAJUK TELEMOVIE : SANTAU KERAMAT
PRODUKSI : THE MEDIA HUSTLER SDN BHD
ARAHAN : GHAZ ABU BAKAR
PELAKON : AARON AZIZ, WAN SHARMILLA, RAFE SUMANTRI, RIZ AZMIN dll.
SALURAN : ASTRO RIA (CH104) (AUGUST 2010)

SINOPSIS :
"Telemovie ini mengisahkan seorang pemuda bernama Najmi (lakonan Aaron Aziz) yang dipercayai disantau, mengharungi sisa-sisa hari hidupnya untuk mencari kemaafan dari segala dosa yang telah dilakukannya yang mengakibatkan dirinya disantau. Najmi akhirnya diketemukan hidayah di sebuah masjid ketika dia hendak menunaikan solat Asar. Telemovie ini bukan klise cerita Melayu seram yang selalu kita tengok walaupun tajuknya agak sedikit ganas. Tiada makhluk berwajah hodoh, hantu dan sebagainya tetapi banyak bermain dengan perasaan dan diri pemuda tersebut." [Sinopsis ini adalah hasil carian di GOOGLE]
Aaron Aziz membawa watak sebagai Najmi
Walaupun cerita ini sudah lama ditayangkan dan sudah diulang tayangkan beberapa kali kat ASTRO [what my friend said la], TAPI recently ini  sahaja aku berkesempatan nak menontonnya. Ada beberapa sebab mengapa hal ini berlaku. Dulu aku bukanlah seorang yang kaki tengok drama TV sangat2. Even ada pelakon kesayangan aku berlakon, selalu sahaja miss tengok disebabkan kesibukan dan komitmen keja yang teramat melampau. Lagi satu aku pegang kukuh ngan prinsip aku, "AKU BUKAN SPECIES PENAKUT TAPI AKU TAK LAYAN CERITA SERAM DAN TAHYUL". 

Memandangkan dulu aku selalu sahaja miss nak tengok pelakon favorite aku berlakon, sapa lagi kalu bukan Aaron Aziz, so sekarang nie aku tengah marathon tengok semua drama2 dan filem2 yang aku terlepas tengok tu. Dan telemovie ini tersenarai dalam list aku. Yang membuatkan aku teruja SGT2 nak tengok cite nie adalah apabila ada seorang kawan baik aku yang baru sahaja mendapat penyakit "AA FEVER" [AARON AZIZ FEVER] menghasut aku tengok video nie: 
[This video taken from YouTube]
Thanks to YouTube yang membolehkan aku tengok this telemovie. Cerita nie berlaku dalam satu hari sahaja. So senang kan, pakai baju yang sama ja till the end of the cerita. Pada aku jalan ceritanya tak lah terlalu berat dengan erti kata lain simple ja. Cerita dia tak seseram tajuk dia. Sebuah cerita yang pada pendapat aku boleh memberi impak dan kesan agar kita sedar diri dengan segala perbuatan yang telah kita lakukan. Senang cakap cerita nie biasa2 ja tapi sarat dengan pengajaran.

Cerita berkisar kepada seorang pemuda yang bernama Najmi yang pada suatu hari telah mengalami muntah2 yang amat teruk dan sesekali tu keluar kaca dari mulut dia. Kalau dah kuar benda2 bukan dari dalam mulut tu, memang sah le something wrong somewhere. Kena santau la apalagi. Najmi pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan yang Najmi tak ada apa2 masalah. Najmi terkejut, dengan keadaan dia yang tak bermaya doktor boleh kata tak ada apa2. Sebaliknya, mencadangkan Najmi berjumpa bomoh untuk membantunya. Najmi yang pada asalnya tidak percaya dengan bomoh2 nie akhirnya memaksakan dirinya tuk berjumpa bomoh yang disarankan oleh doktor tersebut iaitu bomoh Majeed.

Photos kidnapped from Media Hustler FanPage
Sesungguhnya memang bomoh sekarang dah too over moden. Lagi2 bomoh dalam KL nie. Bomoh2 moden skang dah upgrade sikit dok umah double storey. Then leh pakai kereta import lagi pulak tu. Ok, malas aku nak elaborate panjang lebar pasal umah bomoh nie, tak penting pun. Setelah Najmi menjelaskan masalah yang dihadapi, bomoh tersebut mengesahkan yang Najmi memang sudah kena santau disebabkan ada orang yang sakit hati SGT2 kat Najmi. Yang tak tahan tu bomoh tu siap boleh cakap,"Kamu nie dah aniaya orang, memang patut pun kena santau..." Huhuhuhuhu, kalu korang la kat tempat Najmi apa perasaan korang. tak hangin ke bila kita g nak nak berubat tapi kena zassssss balik sama itu bomoh. 

Kes Najmi menjadi semakin serious bila bomoh tu beritahu dia, yang boleh buat santau itu hilang ialah orang yang menghantar santau itu. Bomoh tu suruh Najmi recall balik if ada sesiapa yang pernah dia aniaya or sakiti. "KALAU KITA HENDAK ORANG MAAFKAN KITA, KITA KENA PERGI MINTA MAAF..." zasssssss Najmi kena lagi dengan tok bomoh tu. Najmi yang sememangnya tak percaya dengan semua ini, terpaksa membuang egonya jauh2. Apalagi pilihan yang Najmi ada selain mencari dan memohon maaf dari orang-orang yang pernah dia sakiti. Masa yang Najmi ada semakin suntuk. Ini disebabkan orang yang hantar santau tu bagi masa sehingga sebelum senja atau Maghrib lebih tepat lagi untuk memohon maaf kepadanya. Boleh lak ada dateline le pulak.

Photo taken from Media Hustler FanPage
Mula2 terfikir la jugak aku, kenapa la bomoh tu tak hantar saja santau tu balik kat orang yang hantar tu. Habis citer. Then bila aku diagnosis balik kata2 bomoh tu, "....tapi apa beza saya dengan orang itu....." Betul and ada logiknya jugak. Kalu hantar balik the santau kat orang yang hantar tu then the other party pulak nanti hantar balik kat kita, dok santau menyantau each other bila nak habis. Like never ending story la. Am I right???? So, bermulalah "pencarian" Najmi mencari orang-orang yang pernah dia sakiti dulu. 

The first person Najmi jumpa adalah bekas teman wanita dia, Kartika. Watak Kartika nie dilakonkan oleh Wan Sharmilla. Not bad lah lakonan dia dalam cite nie. Najmi dengan Kartika dah terlanjur sehingga menyebabkan si Kartika dah termengandungkan anak Najmi. Najmi tidak lagi bersedia menjadi bapa kepada anak itu lalu membiarkan Kartika menanggung semua itu. So, keberangkalian if Kartika sakit hati dan hantar santau tu adalah tinggi. Tapi, Kartika menyatakan yang dia tak ada kaitan langsung ngan santau menyantau nie. Ye lah, kalu ye pun dia buat tak kan dia nk ngaku depan2 org yang dia santau kan. Betul tak? Najmi meminta maaf di atas segala yang kesalahan yang telah dia lakukan terhadap Kartika. Bagi Kartika, Najmi tidak ada apa2 yang perlu meminta maaf darinya. Setiap manusia ada kesalahan dan kesilapan masing-masing. Jadi, seharusnya kemaafan itu perlu dipohon pada Tuhan. Betul, aku setuju SGT2 dengan kata2 Kartika nie. 
Wan Sharmila memegang watak Kartika ex-gf Najmi
Kalau bukan Kartika yang melakukan, siapa lagi yang tidak puas hati dengan Najmi sehingga menghantar santau kepadanya? Najmi cuba mengingati siapa lagi yang pernah dia sakiti dulu. Tiba2 dia teringatkan kawan baiknya, Muzamil. Najmi dan Muzamil bukan sahaja sahabat yang akrab tetapi kedua2nya bekerja di bawah satu bumbung. Kedua2 sahabat ini dulu pernah berlumba2 untuk mendapatkan jawatan AGM (Assistant General Manager) di dalam syarikat tempat mereka bekerja. Najmi, mengambil jalan pintas untuk dapatkan jawatan itu dengan mengenakan Muzamil. Kalau sesiapa pun berada di tempat Muzamil pasti akan rasa sakit hati dan marah bila kawan baik kita selama ini menikam kita dari belakang. So, Najmi syak yang Muzamil adalah individu yang bertanggungjawab menyantau dia. Sepertimana Kartika, Muzamil juga menafikan yang dia menghantar santau ke Najmi. 
[Photos taken from Media Hustler FanPage]
Kartika bukan, Muzamil pun bukan individu yang menyantau Najmi. Then, WHO?????? Najmi buntu. Akhirnya, Najmi seperti pasrah dengan keadaan dia yang sedang nazak itu. Before aku mengulas dengan panjang lebar yang semmgnya aku rasa dah lebar sgt pun, aku nak puji dengan lakonan Aaron Aziz. Lakonan yang tidah pernah mengecewakan. Aku puji melambung nie bukan sebab aku nie peminat terlampau Aaron Aziz. Tetapi mmg can't denial la with his acting. Mmg SUPERB ok. That's one of the reason why aku suka tengok SGT2 dia nie lakon. Aaron berjaya membawa watak Najmi dengan begitu baik sekali. Expression muka yang betul2 orang tgh nazak nak mati. Sedey aku tgk keadaan Najmi yang tak bermaya tu. 

Masa di dalam teksi, selepas Najmi berjumpa Muzamil, Najmi menerima panggilan telefon from his mama. Scene Najmi ckp ngan mama dia nie la yang aku tak leh tahan airmata aku dari mengalir keluar. Dah la semmgnya aku dr awai dah sedey tgk keaadaan Najmi. Gaya Najmi cakap tu dah macam itulah kali terakhir perbualan dia ngan mama dia. Mmg sungguh terkesan kat ati aku scene  nie.



Memandangkan waktu solat Asar dah nak abis, Pak Cik Hadi, drebar taxi yang sudah seharian membawa Najmi ke sana ke mari meminta kebenaran untuk singgah di masji berdekatan untuk solat. Pak Cik Hadi terlalu kesian melihat keadaan Najmi. Sebelum dia g solat, dia sempat memberi sepatah dua kata tuk Najmi. Macam nie bunyi nasihat pak cik taxi tu,"Dengan masa yang kamu ada nie, pak cik rasa lebih baik kamu minta maaf dengan Allah, Najmi. Sebenarnya Allah dah bagi banyak masa dengan kita. Cuma kita sahaja yang banyakan masa tuk mengejar hal2 dunia nie." 


Terkesan dengan kata2 pak cik taxi tu dan juga mengingatkan kembali pesan mamanya supaya tidak meninggalkan solat, Najmi melangkah keluar from the taxi tuk mengerjakan juga solat Asar. Adegan yang paling menarik perhatian aku adalah bila mana Najmi tidak tahu langsung mengambil wudhu lagi2 lah ambik wudhu kat kolah yang terdapat dalam masjid tu. Samada dia dah lupa cam na nak berwudhu atau mmg dia tak pernah langsung berwudhu means tak pernah langsung solat la sebelum nie. Perkara ini bukan lah perkara yang janggal bagi kita dan semmgnya ada terjadi di dalam kehidupan sebenar kita. Ini sedikit sebanyak menyedarkan kita supaya tidak lalai dan mengambil sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah SWT.
[Photos kidnapped from Media Hustler Fanpage]
Kebetulan ketika itu datang seorang lelaki tuk berwudhu. Dengan mengikut segala apa yang lelaki itu buat, Najmi akhirnya berjaya juga mengambil wudhu dengan sempurna. Najmi mengikut lelaki itu masuk ke dewan solat di mana hanya mereka berdua sahaja di dalam dewan ketika itu. Pada mulanya, Najmi ingin bersolat sendirian. Tetapi lelaki tadi mengajak Najmi untuk solat berjemaah. Najmi berterus terang yang dia sudah lupa niat solat Asar berjemaah. Dengan bantuan daripada lelaki tadi tu, Najmi menyempurnakan solat Asarnya dengan berimamkan lelaki tersebut. Lagi satu part di mana aku sekali lagi tak dapat menahan airmata  aku dari terus keluar. Adegan Najmi memohon doa ke hadrat Ilahi di atas segala kesilapan yang telah dia lakukan. Huwaaaaaaa....I were really so touched with this scene:

Najmi sepatutnya bersyukur kerana di saat dia tahu ajalnya akan tiba, Allah telah memberi peluang kepadanya untuk meminta ampun kepada-Nya. Antara kata lelaki misteri itu kepada Najmi sebelum menghilangkan diri ialah meminta Najmi sentiasa berdoa mendekatkan diri kepada-Nya. Ajal maut jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Kita sebagai hambaNya kena redho dengan segala ketentuanNya. Akhirnya Najmi menemui hidayah di masjid itu.

Najmi pasrah. Sekiranya betul ajalnya sudah tiba, dia redho sahaja. Najmi meminta pak cik hadi menghantar dia pulang ke rumah. Kata Najmi, kalau nak mati pun biarlah dia mati di rumah saja. Pak cik Hadi terkejut dengan kata2 Najmi. Dia tak sangka Najmi mudah putus asa macam tu aja. Hah, masa nie la yang pak cik Hadi terlepas cakap terkeluar nama Kartika dari mulut dia. Najmi terkejut macam mana la pulak pak cik taxi tu tahu nama ex awek dia. Jangan kata Najmi aku pun konfius la juga. Rupa2nya pak cik taxi tu sebahagian daripada komplot nak kenakan Najmi. Apa2 pun aku rasa pak cik taxi tak bersalah. Dia hanya diupah tuk bawa Najmi ke sana ke mari ja. Jelas kelihatan riak risau di wajah pak cik taxi nie bila dia tgk Najmi tersungkur teruk kat tepi jalan. 

[Photo taken from Media Hustler FanPage]
Kartika, Muzamil, Tini (anak buah Kartika), doktor kat klinik tu ngan tok bomoh Majeed tu semua2 bergabung untuk kenakan Najmi. Memang la Najmi dah buat salah terlampau dah sakitkan hati sesetengah pihak tapi agak2 ler sikit nak mengajar si Najmi ti. Guna santau tu. Sampai si Najmi tu nak mati dah kat tepi jalan. Nasib baik santau tu ditarik balik. Kalu dak mmg dah aruah la si Najmi.

Ramai yang dah tengok cerita nie cakap ending dia tergantung. Tak tahu samada Najmi mati atau tidak. Pada pendapat aku, sebenarnya tidak tergantung. Mmg jelas di pandangan aku yang Najmi terselamat dari terus disantau. Segala keseluruhan apa yang dapat  aku katakan ialah cerita ini diolah dengan baik sekali. Cerita dia tak so complicated. Jalan cerita yang senang tuk difahami. Di samping script yang tak terlalu berat. As I have mentioned earlier, cerita ini sarat dengan pengajaran dan ikhtibar tuk kita semua.

[Photo taken from Media Hustler FanPage]
Lakonan yang mantap from Aaron Aziz yang menjadikan cerita ini menarik untuk ditonton. THUMBS UP!!!!!



READ MORE- SANTAU KERAMAT (2010) - ANTARA LAKONAN TERBAIK DARI AARON AZIZ

Wednesday, June 22, 2011

3
Comments
NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - FINALE EPISODE



Tak tahu kenapa macam ada perasaan berdebar-debar nak menunggu episode finale NORA ELENA. Satu perasaan yang boleh menggugurkan jantung ini bila-bila masa sahaja. Nasib baik aku berada dalam keaadan yang sihat walafiat. Alhamdulillah. Kalau tidak, mahu kena tempah katil hospital gara-gara cerita NORA ELENA. Begitu dashyat sekali penangan NORA ELENA memberi impak kepada penonton terutama peminat tegar melampau macam aku. Macam-macam perasaan bermain di dalam fikiran ini. Walaupun sudah tahu kesudahan cerita berdasarkan novel KASIH YANG SUCI ini adalah pengakhiran yang menggembirakan TAPI perasaan ini masih tidak boleh lagi disabarkan. Perasaan sedih lagi-lagi la sebab FINALE EPISODE. Sedih sebab hendak berpisah dengan NORA ELENA dan #SethTAN. Bayangkan 24 hari, selama 6 minggu berturut-turut WITHOUT FAILED setia menanti pukul 7pm semata-mata nak tengok NORA ELENA. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi yang melampau hari ini, kita semua dapat marathon drama ini seberapa banyak kali yang kita mahu sampai lebam melalui TV streaming www.tonton.com.my.

#SethTan tidak senang duduk setelah mendapat tahu Yvonne ada berniat untuk membunuh Nora. Seperti yang semua penonton sedia maklum, #SethTan akan membuat apa sahaja demi Nora. Dia tak akan membenarkan sesiapa sahaja menyakiti Nora. Dia sendiri pun tak pernah mengasari Nora EXCEPT peristiwa   hitram dulu tu DIKECUALIKAN la ye. Masa tu #SethTan sendiri pun tak tahu apa yang dia sudah buat. #SethTan meminta bantuan Insp.Amir di dlm hal ini. Yvonne memang betul2 hendak bunuh Nora. Nasib baik percubaan pertama Yvonne digagalkan oleh Insp Amir yang kebetulan berada di hospital untuk bertemu #SethTan dan Nora. Padan muka ngan Yvonne, niat jahat yang tak kesampaian.


Semasa Insp Amir tiba di wad Nora, #SethTan sudah lena kepenatan di atas sofa. Amir mengambil kesempatan berbicara dengan Nora. Dia yang kini sudah jelas with his feeling hanya menganggap Nora as his friend. Begitu juga dengan Nora yang sudah menganggap Amir as her friend. Amir juga berharap agar #SethTan tidak lagi bersikap cemburu dengannya. Apa yang buat aku tertarik with this scene ialah nasihat yang Amir cuba sampaikan kat Nora. Nie nasihat dari Amir yang aku suka sangat dengar;
"Please maafkan Seth. Aku tak tau apa dosa dia pada kau. Dosa besar ataupun dosa kecil sumpah aku tak tau. Yang pasti dia berhak dimaafkan"
And this one also,
  "Bagi aku dia adalah jodoh terbaik untuk kau. Dan kau jagalah jodoh kau nie baik2."

Skrip yang amat mantap sekali. Tak boleh kata apa dah. Memang terbaekkkkkk la.

Nora terkesan dengan kata2 ikhlas dari Amir
Aaron Aziz (AA) + Siti Saleha (SS) = "FORMULA LUAR BIASA"
Kerasian yg amat terserlah. Tgk, pakai baju pun warna sama...

Seriously episode akhir nie mmg BEST SGT2. Never expect at all the finale gonna be like this. Episode yg bagi pendapat aku so sweet even dia ada sikit thriller kat tgh2 cite tu. Jalan cite dia mmg lain sikit, for me lain byk la jugak from the novel. Even they twist  a little bit the storyline BUT its look almost PERFECT. Both director and scriptwriter are obviously so deep meticulous. I love the technical part of the this drama. Mmg la ada sikit flaws dia tapi hampir tak nampak sbb kelebihan cite nie mmg superb mengatasi segalanya. Mmg klasssss la cite nie. So many sweet scenes in this cite yang akan buat penonton akan ingat sampai bila2. Antaranya, part yang #SethTan bacakan buku kat Nora tu. Gaya dia mcm seorang papa membacakan bedtime stories kat anak dia k. Tapi yang sedihnya bila Nora macam endah tak endah ja dgn apa yang #SethTan buat tu. Paling aku sayu ialah bila #SethTan cakap,
"Nora janganlah macam nie, tak elok tau. Nora kena jaga kandungan Nora. Walaupun Nora benci abang  janganlah benci bayi tu..." 
Dengan muka serious sedihnya, aku lak yang mengalir airmata bila dgr #SethTan cakap mcm tu. Ulang tgk la baper kali pun when come to this part, mmg conform aku nanges. The way #SethTan cakap mcm dia dah tak tau nk buat apa lagi bagi menyenangkan dan memenangi hati Nora.

Sedikit demi sedikit Nora tersentuh dengan segala kebaikan #SethTan terhadapnya. Nora mula belajar menyayangi semula suami dia dan cuba melupakan apa yang sudah berlaku. Another sweet scene yang masih lagi bersarang dalam kotak minda aku nie ialah time Nora salam suami dia tu. Then #SethTan cium perut Nora. aku tak tau nak cakap apa2....SPEECHLESS....mmg so gulaaaaaa2 okay. Can't denial it at all. Both Aaron Aziz and Siti Saleha were blend so well in this drama. Magnificent job from both of them. Bukan nya tak pernah digandingkan bersama sebelum ini TAPI kerasian mereka berdua amat terserlah di dalam NORA ELENA. Siti Saleha walaupun masih boleh dikategorikan as budak2 lagi BUT she managed to carry watak Nora dengan amat baik sekali. Siti saleha bijak bermain dengan expressi muka. Jelas terserlah kematangan Siti Saleha di dalam drama ini.

Tersentuh dgn segala kebaikan Seth
Nora sudah kembali tersenyum....
Seth yg tak pnh mudah putus asa & berdoa utk Nora

So sweetttttttt okay this part.....
Akhirnya Nora selamat melahirkan seorang bayi perempaun [kalau ikutkan novel, anak lelaki]. Tang jantina anak pun kena twist gak. Tak kesah la apa2 pun janji jalan cite tak lari. Lagi sweet scene berlaku kat dlm bilik bersalin. Terserlah mmg tersgt2 terserlah sifat 'fatherly' Aaron Aziz. Semua sedia maklum daddy kepada seorang putra dan dua orang puteri ini, mmg semmg nya adalah seorang yg real 'family man'. Jadi tidak ada masalah bagi Aaron Aziz untuk membawa watak sebagai seorang papa. Senang cite small matter or kacang ja la watak nie untuk Aaron Aziz. ;)



Earlier kan I dah mentioned ada sikit thriller dalam finale episode. Yvonne yang masih belum berputus harap untuk mendapatkan #SethTan, telah bertindak berani mati menculik anak #SethTan dan Nora. Dia sebelum ini tak berjaya membunuh Nora, menculik anak Nora as tebusan untuk dia memaksa #SethTan berkahwin dengannya. Memang connform pompuan nie sakit mental yang rasanya dah sampai tahap ICU dah nie. Or boleh dikatakan tahap yang kena tempah bilik mayat la. Mmg ada sedikit adrenalin rush scenes kat sini. #SethTan yang dapat tahu Yvonne culik anak dia, apalagi, naik hantu amat2 lah. Nora, jangan cakap, mmg macam orang kena sawan ja. Scene Nora jerit2 nanges anak dia hilang mmg so so real ok. Sapa yang tgk pun mesti rasa terpana. Like me, mata tak lekang from the TV screen terpukau tgk lakonan dorang nie yg amat mantap sekali. Thats what I mean I love the technical side of this story. Siti Saleha mmg nampak betul2 mcm orang baru lepas bersalin k. Bravo to the team buat each single scenes look like so real. Mmg this drama was so detailed made. Excellence job. Marvellous!!!!!

SUPERB acting from both Aaron & Siti Saleha
Aku sungguh terpukau ngan this scene....
Meh aku nak citer sikit pasal adegan culik menculik nie. Adegan yg melibatkan si Yvonne tu la. Mmg pyscho betul  la Yvonne. Tgk dia nie aku pun rasa mental. Mental bukan pasal apa pun, pasal intonasi pompuan nie bila dia bukak mulut. Aduiiii, FAILED untuk mengimpresskan aku. Dari awai episode sampai finale mmg aku x leh nk masuk ngan slang dia nie. Cuma kat xpression muka dia ja aku nampak berjaya buat semua orang meluat tahap gaban dgn watak Yvonne nie. Congrats to Wan Sharmilla sebab berjaya membuat ramai orang benci ngan watak Yvonne. Semoga lakonan tu dapat diperbaiki lagi di masa2 akan datang. Paling aku rasa mengejutkan semua orang part thriller nie ialah, scene yang Yvonne campak kuar baby from the car. Jantung aku mmg betul2 dah luruh okay that time. Mcm mana #SethTan menjerit panggil nama anak dia mcm tu juga la aku menjerit kat depan TV. Aku lak yg terhover2 berdebar2 bila #Sethtan nak kutip anak dia kat tepi jalan tu. Mmg aku mati2 ingat baby tu mesti dah tak bernyawa. Bila #SethTan bukak ja balutan tu and yang ada cuma la patung, barulah aku rasa nyawa aku ada balik. Rupa2nya anaknya telah berjaya diselamatkn dengan bantuan kawan baik #SethTan itu sendiri, kalu bukan sapa lagi Insp Amir yang kacak tu. Dan yang paling buat aku terkesima terpukau tak terkata, SPEECHLESS ialah scene #SethTan sujud syukur kat tepi jalan. Memang tak penah dil ihat dimana2 TAPI hanya di dalam NORA ELENA. CHECK THIS OUT!!!!

The best 10 minutes of the ending mmg TERBAEKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!! Masih lagi terbayang2 teringat2 termimpi2 that sweetest scene. Mcm tak puas ja tgk okay!!!!!! Kalu boleh panjangkan sikit lagi kat ending mmg lagi gempak dan best aku rasa. Mcm sekejap sgt2 tgk2 citer dah THE END. OVERALL NORA ELENA FINALE MMG SO OVER OUTSTANDING. Tiada apa yang dapat ku ungkapkan menyaksikan pengakhiran cerita yang almost can be described as PERFECT!!!!!
"Sayanggggggg, mana boleh tak sayang..." ~ Nora Elena
"Itulah kata2 paling  terindah Nora pernah cakap dengan abang.." ~Seth Tan
Kebahagiaan akhirnya milik mereka....
 "Dengan memaafkan dan melupakan kisah hitam itu akhirnya aku mengecap kebahagiaan yang selama ini aku cuba lari daripadanya..." ~ NORA ELENA
They Live Happily Ever After....hahahahaha mcm fairytale story ler pulak ;)))

"Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doaku untuk cinta ini...." 

Cerita ditamatkan dengan lagu dari SOFAZ, SESUATU YANG BERBEZA. Kalu korang hayati dan selami lirik lagu nie, mmg dia ada kaitan 100% with #SethTan. Pemilihan lagu yang amat tepat dan amat sesuai sekali. THUMBS UP!!!!!! Akhirnya doa #SethTan dimakbulkan. Tak sia2 segala usaha dan juga kesabaran #SethTan selama ini untuk memiliki sepenuhnya hati Nora. Mmg berbaloi2 lah. penantian dan penyeksaan selama 10 tahun. ;)))

[SUMBER VIDEO ADALAH DARI YOUTUBE]
READ MORE- NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - FINALE EPISODE

Friday, June 17, 2011

2
Comments
NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 23


Pasti korang dah tahu kan 'benda' apakah yg ditemui di dlm kereta #SethTan itu. For me tak de lah nk terkejut beruk sgt sbb 'benda' yg ditemui itu adalah sama seperti apa yg diceritakan di dlm novel. So, aku malas nk coret pjg2 lebar psl this part. Nanti ada lak kang yg muntah ijo bila baca entry aku nie. Kalu in novel kita mcm x rs apa sgt la. BUT when di apply kn ke screen TV, dia jd timbul satu perasaan lain. Aku nk story pun tak tau mcm mana. Let's just forget it about that scene.

Penemuan yg 'disgusting'
Aku more tertarik part si gedik Yvonne tu kena 'sacked' ngan #SethTan. Hahahahahaha padan muka dia. baru #SethTan taw PA dia cam na. Gunting dalam lipatan. Part Yvonne merayu2 kat #SethTan part yg aku rasa berbulu2 tinga aku dgr. Aduiiiii, naper sora dia mcm tu. Slang bahasa tah apa2. Aku rs bunyi pelik semacam ja. Mmg skrip soh buat mcm tu OR si pelakon nie mmg sora ori dia mcm tu. Seyes, tinga aku x leh tima org ckp mcm tu. Malang tul si Yvonne gedik tu, #SethTan dah tak kuasa nk kerja ngan org mcm tu. Yvonne siap2 merayu bagai agar dia tak diberhentikan keja. Katanya sanggup keja ngan #SethTan sampai bila2. Aduyaiiiii, dah org tak suka awak, blah ja la. Mmg sesungguhnya mental teramat sgt si Yvonne nie.
Seth tak percaya apa yg dh Yvonne buat to his marriage

Muka 'rejected'
Seth : "You don't know anything about my wife. Jadi you jgn sebut benda2 yg buruk psl dia ok!"
Actually tak byk aku nk tulih or komen bout this episode. Itu tak bermakna aku ckp episode nie x best. Cuma flow cite dlm episode kali nie dia agak "light & easy", santai gitu. Bagi aku x byk isu aku nk korek dlm episode 23 nie. Aku byk terkesan dgn dialog2 (script) yg sedap tuk halwa tinga aku dgr. Tak diakui script cite nie mmg mantap. Lagi2 kalu dialog tu kuar dr mulut #SethTan. Dgr #SethTan buka ja mulut pun aku leh terpegun. sighhhhh!!!!! [kata2 dr peminat yg 'terlampau'....;)))]

Perjalanan cite dlm episode nie bg aku agak emo sikit. Yg paling buat aku rs sedey sgt2 la ms mak NE mengungkit balik kata2 yg pnh dia ckp kat #SethTan masa #SethTan baru nikah ngan anak dia NE. Aku terbayang kn yg kata tu kuar from mak aku suatu hari nnt bila dia nk lpskn aku slps aku dh bergelar isteri org. Aduiiiiiiiii aku sure amat sure akan meraung  punya. Ini dia pesanan yg aku rs semua mak2 di atas bumi nie pasti akan ckp after anak dia org especially anak gadis mereka berkahwin. Walaupun, x dak lah sebijik mcm dialog nie, tapi lebih kurang ja la maknanya.
"Kalu kamu dah x sanggup lagi menjaga Nora, kamu pulangkanlah dia kepada kami ye....janganlah kamu sakiti dia ataupun sia2kn hidup dia...." ~ Mak Nora
Korang x tersentap ka bila mak korang ckp mcm kat atas nie after korang dh tkr status nnt from single to married?????????

Mother is always be mother forever...even anak dia dh jd hak org, BUT her concern never fade

"Kalau boleh saya nak nak jaga Nora sampai tua sampai hujung nyawa saya...." ~ Seth Tan

 Ok, lepas nie kalu ada sequel tuk cite nie, kita leh namakan dia "NORA ELENA - SEHINGGA HUJUNG NYAWA" hehehehehehe ;)))

Perang antara Nora dan #SethTan masih lagi belum reda. #SethTan sedaya upaya untuk memenangi dan memujuk Nora walaupun dia tahu itu bukan sesuatu yang mudah. #SethTan cuba menjadi yg terbaik buat Nora. Tapi Nora sikit pun tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan yg dia amat cintakan Nora. Nora terlalu bersikap salah sangka dan prejudis kepada suaminya #SethTan. Apa sahaja yang suaminya buat serba tidak kena di mata. Nasib baek la si suami seorang yg amat penyabar sekali. Sifat penyabar terlampau #SethTan mmg aku tabik spring. Mana nk cari org mcm nie. Tell me ada lagi lelaki species nie in our reality world????? Sabar ja ngan segala kerenah si isteri. Kadang2 kita yg tgk nie pun hilang sabar ngan peel si Nora nie. Kadang2 macam nk lempang ja Nora nie sbb tindakan dan perbuatan dia tu mcm tak respect suami dia ja.

10 tahun #SethTan mencari Nora. Ini semua adalah disebabkan perasaan sayang dan terlalukan cintakn Nora. #SethTan tidak mahu disebabkan oleh rahsia hitam itu dia kehilangan Nora buat selama-lamanya. #SethTan mengaku apa yg berlaku 10 tahun lalu adalah satu kesilapan yang dia sendiri tak dapat maafkn dirinya sendiri.

"Abg tak cakap pun abg baik tapi at least abg cuba jadi baik..." ~ Seth  Tan

Seth dah tak tahu nk buat apa dgn Nora yg amat suka salah sangka dan prejudis terhadap dirinya

Like I've mentioned earlier, aku suka SGT2 kalu dialog2 yg kuar from mulut Seth nie. Ini antara dialog2 yg aku suka in this scenes:

"Abg sayangkan Nora  abang cintakan Nora SGT2"

"Memang abang silap, silap SGT2"

Aku suka dgr the way #SethTan tekankan perkataan "SGT2" tu....sedap je dgr.....[kalu dah nama peminat tegar apa sahaja semuanya sedap didgr ] ;)))


Nora mengalami sindrom "morning sickness" yang amat teruk sekali. Kalu tgk mmg kesian la pulak. Sampai jd lembik dibuatnya. Salute la sama Siti Saleha nie. Mmg dia berjaya membawakn watak nie ngan sgt bagus. Kita boleh betul2 nampak dia betul2 tak sihat mean sakit la. Ngan muka pucat, ngan rambut tak terurus, mmg nampak so realllllll okey!!!!! Walaupun layanan Nora amat dingin sekali terhadap #SethTan, tapi #SethTan tidak sama sekali mengabaikan isterinya itu. Sentiasa berada di sisi isteri tersayang. Keadaan Nora semakin teruk sehingga dia telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh terlalu kerap sgt muntah sehingga berlaku dehydration dlm badan.


Cuba korang tgk betul2, SO REAL SICK kan!!!!!!!
Bertuah betul makhluk Allah yg bernama NORA ELENA nie. Dia dikurniakn ngan seorang suami yg betul2 mengambil berat ttg diri dia. #SethTan menjaga Nora bagai menatang minyak yg penuh. Dia jaga Nora mcm dia jaga seorg baby yg baru lahir. So so so caring k. Aku caya pasti ramai wanita kat luar sana berharap SGT2 yg mereka berada di tempat Nora. Don't kelentong me la korang semua. Aku pun salah sorangnya. Wei, sapa yg tak mau suami se ensem sebaik seromantik sehebat #SethTan tu. Sayangnya, semua ini hanya dalam drama. Adakah situasi mcm ini berlaku in reality? Wallahuallam. Kalu ada pun might b one in a billion....
Please tell me, sapa yg tak mau jd mcm Nora Elena nie????
Alahaiiiiiii.......comeiiiiiinya tgk2 dua2 sleeping beauty nie.....

Hati Nora tersentuh [from my observation la] apabila mendgr sendiri #SethTan sanggup rugi berjuta2 apabila Khairul [suami Nila] menamatkan kontrak pernigaan dgn #SethTan kerana #SethTan menyelamatkan Nila, kawan baik Nora. Dan yg paling tak disangka2 Nora ialah #SethTan adalah org yg bertanggungjawab mengupah peguam untuk menyelesaikan masalah Nila. Adakah hati Nora akan lembut setelah megetahui semua ini???? Payah nk cakap sbb Nora nie bagi aku la ego dia terlalu tinggi. Lagi tinggi dr Mt Everest kot aku rs. Mmg payah nk robohkn tembok ego dia nie.


"SETIAP ORANG YANG BERSALAH BERHAK DIBERI PELUANG KEDUA"
Malik, pekerja #SethTan, datang melawat ke hospital sempat berpesan kepada #SethTan supaya berhati2 dengan Yvonne. Malik tidak berasa sedap hati bila dgr Yvonne ckp yg dia akan bunuh Nora Elena. Walaupun ms ckp tu Yvonne dlm keadaan x baper nak waras, mean tgh mabuk, tapi Malik risau Yvonne akan buat apa yg dia cakap. #SethTan, bila dapat tau, apalagi, terkejut la. Dia tak sangka Yvonne akan bertindak sampai begitu. Nora pun amat terkejut bila dgr ada org sanggup bunuh dia kerana cintakan seorang lelaki. Episode 23 ditamatkan di sini.


Nora terkejut bila mendapat tahu yg Yvonne hendak membunuh dia...




READ MORE- NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 23

Wednesday, June 15, 2011

1
Comments
NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 22


NE berjumpa dengan Amir untuk meminta maaf pasal sikap buruk sangka NE terhadap Amir selama ini. NE menceritakan kepada Amir kenapa dia tak suka Amir dulu. Amir dgr saja sbb dia dah tahu kisah silam NE from kawan baik NE iaitu Dila. Amir ingin tahu siapa yg pnh menganiaya NE, TAPI he's dissappointed sbb NE x ckp siapa n Amir tak perlu tahu siapa. Aku salute la kat NE nie. Walaupun dia tgh marah dan masih x dpt maafkn #SethTan di atas segala apa yg berlaku, TAPI NE masih waras utk tidak membuka pekung di dada menceritakan keburukan suami dia. Maksudnya NE sedar dia tu masih berstatus isteri kepada #SethTan. Seharusnya sebagai seorg isteri menjaga maruah suami dia. Mmg sungguh2 tabik spring la kat NE nie. Not only NE, #SethTan pun sama. He told his maid, Kak Pah that NE away for a seminar kat PD for one week semata2 nk coverline NE sebenarnya dh kuar from that house. That's mean both of them still respect each other walaupun now they in "war mode".
Pertemuan Nora ngan Amir utk menjelaskn keadaan yg x baper jelas dulu
"Siti Saleha blend in so well with Nora Elena's personality and character. More than just a pretty, pretty face. KUDOS!!!"
Dalam episode kali ini, kita dpt tgk #SethTan bertukar jadi garang sikit di awai cite ja la. Muka #SethTan ms sekodeng kat umah Nora tu aku takut tengok. Macam nk makan org ja muka dia masa tu. Mahu taknya, berasap la member bila tgk bini dia kuar ngan laki lain siap dihantar pulang kat depan umah lagi. Lagi hangin bila dia tepon bini dia bini dia tak mo angkat. Suami yg no heart ja la kalu tak dak perasaan mcm nie. #SethTan is NOT #SethTan when it comes to his love for NE. #SethTan yg softly akan bertukar menjadi FIERCE. Tgk ja bila dia hentam si Amir tu. Terserlah ke'jeles'an tahap maksima #SethTan. Amir menjelaskan   kpd #SethTan yg dia tiada apa2 hubungan with NE. Dan gambar2 yg di dalam Blackberry #SethTan cuma adalah fitnah semata2. Amir siap bgtau #SethTan supaya PA dia si Yvonne tu siasat dulu perkara sebenarnya sebelum buat sebarang tuduhan. Itu pun #SethTan tak syak apa2 ngan PA gedik dia tu. Lambat pick up tol la #SethTan nie. sighhhhhhh!!!!!!!
"Seth Tan is NOT Seth Tan when it comes to his love for Nora Elena. Seth Tan yang softly akan menjadi FIERCELY."
Seth Tan yang tiba2 bertukar jadi 'FIERCE'

Man to Man Talk
Aku suka tgk part yg NE lari dok belakang #SethTan ms dia kena sergah ngan Khairul laki si Nilawati(Nila) . Taw lak NE carik laki dia tuk perlindungan. Ingatkan kot dia lari dok belakang Amir. Sib baek. Scene nie kat depan umah Nilawati, kawan baik NE. #SethTan, NE ngan Amir g umah Nila tuk selamatkn Nila dr terus didera oleh suaminya yg juga rakan perniagaan #SethTan. Then they end up kat balai polis. Kat balai polis nie aku cuma tertarik ngan scene pujuk memujuk antara #SethTan ngan NE. #SethTan cuba pujuk NE balik semula ke rumah dorang. Geram aja aku ngan #SethTan nie, cara dia cakap too soft n too relax. Nampak tak beria nk pancing balik hati NE. Mungkin #SethTan ada strategi dia sendiri n as we all know #Sethtan nie bukan jenis org yg suka memaksa. NE, as usual ngan sikap 'stonehead' ngan 'stoneheart' dia la. Mana mkn dek saman dia nie.
Being so protective

Both blend too well in #NORAELENA
"Apasal, ko nak pukul bini aku pulak????" ~ Seth Tan
Tersentap #SethTan bila NE ckp, "HIDUP SENDIRI LAGI ELOK DR HIDUP DGN LELAKI YG  BERHATI BINATANG...." perghhhhhhhh sampai begitu sekali tanggapan NE kat laki dia. Kalu korang tgk la betul2 reaction #SethTan mmg nampak mcm 'terkedu' sgt2 ngan kata2 NE. And I can saw his watery eyes look like mcm nk cry tapi not so obvious la. Mmg so stubborn tul la NE nie. Sampai #SethTan tak tau nk ckp apa dah.
Seth try to deal with his 'stonehead' a.k.a 'stubborn' wife
Terkedu dgn kata2 yg kuar from mulut isteri tersayang

Well, like I mentioned earlier, #SethTan might be has his own strategy. Apalagi, guna channel parents NE la. Taktik kotor yg pnh #SethTan guna sekali dulu. Itu saja cara yg leh buat NE kembali ke rumah dorang. Akhirnya terpaksa lah NE balik ke rumah dorang kerana dia tak mahu keluarganya tahu pasal 'peperangan' yg sdg melanda. Hangin tul NE bilanya #SethTan guna cara nie. #SethTan lak kembali tersenyum bila isteri sudah pulang ke rumah. Walaupun dia tahu NE akan bersikap dingin dgnnya tapi sekurang2nya NE sdh ada di dpn mata dia. #SethTan nie look so sweet sgt bila dia buat ngada2 ngan NE. NE lak akan marah2. NE walaupun tgh marah ngan #SethTan tapi cara marah dia manja gitu. Cam nak soh #SethTan pujuk dia ja. SO, NE dan #SethTan dh kembali tinggal sebumbung. Tak sabar nk tgk aksi2 #SethTan 'mengada2' ngan wife dia in these balance of two episodes. Those yg pen'folo' tegar drama nie pasti tahu what I mean. ;)

 Nora bengang ngan 'taktik kotor' Seth
Tersenyum lebar Seth kerana taktik nya berjaya diaplikasikn

Dari kacamata aku nie la, the most highlight for this episode is "YVONNE". Dalam2 22 episodes nie la, aku rs kemuncak kebencian aku ngan Yvonne adalah dlm episode ini. Serious tahap gaban tahap dewa aku menyampah ngan Yvonne. Sungguh sudah tak tahan aku tgk pompuan nie menggedik nk tackle #SethTan. Setiap kali kuar ja pompuan nie punya scene, aku rs mcm nk tekan ja button 'fwd'.  Once pompaun nie bukak mulut mmg aku cukup menci. Bernanah tinga aku dgr dia menggedik call NE. Nak muntah ijo aku tgk. Mmg pompuan nie nk kena libas ngan pedang #Malek tu la. Soo annoyed tgk dia nk robohkn rumahtangga #Sethtan ngan NE. Lagi satu part yg 'ngilu' badan aku bila tgk. X tahan tul aku tgk dia meraba2 #SethTan ms dia tgh mabuk tu. TV tu kalu boleh aku masuk, nk ja aku msk, ikat pompuan nie kat tiang and kelar2 pompuan nie ngan razor blade. Species perempuan melampau cam nie harus diseksa melampau2 juga.

Muka yg aku nk lempang saja setiap kali  tgk
Bravo la tu Wan Sharmila yg membawa watak Yvonne. Dia telah berjaya membuat ramai penonton meyampah ngan Yvonne. Tolong la jgn bgtau aku ada yg suka watak Yvonne nie. Yang aku x blah tu perasaan nk mampus ingat #SethTan suka kat dia. Hahahahahahahahah, leh ngaku #SethTan tu boyfriend dia. Then memburuk2kan NE kat dpn #SethTan lagi tu. Aduiii mmg sumpah mental tul la Yvonne nie. Yang aku pelik tu, leh lak #SethTan tak pasan apa2 bout Yvonne nk hancurkan perkahwinan dia. Dah terbukti ngan jelas dan nyata perbuatan Yvonne nie melampau. Mmg sungguh2 pick up pasola tul la #SethTan nie. Ini ada pantun yang kawan aku buat tu pompuan gedik nie:-

Muka cuak bila dgr Nora Elena peknen...
Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Yvonne nie mmg tak makan dek ajar bertambah kurang ajar
Nak ja aku tolong colok2kn

Kalu ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betoi ngan Yvonne nie
#SethTan tak nak dia terhengeh2 buat muka simpati
Mmg tak tahu malu lah nnt

Kalu ada sumur di ladang
Boleh lah hamba menumpang mandi
Macam manalah Nora tak meradang 
Yvonne tu mmg mental sekali
Patut kena masuk sepital mental berkali2

Hahahahahaha hambek ko Yvonne. Mmg ramai kat luar sana benci kat ko. Kalu ko wujud in 'reality' world lah, aku rasa mmg dh lama la ko 'padam' ngan kayu golf, kayu besbol, pedang, kayu hoki dan yg lain2 sewaktu ngan nya. Suka tgk muka Yvonne berubah bila dapat tahu bini #SethTan tu dah peknen. Mcm leh nampak ada asap kuat kat tinga ngan idung dia. Kahkahkahkahkah.....

Aku suka cara penulis 'twist' jln cite drama nie. Even tak sama exactly mcm yg dlm novel tu [ya la nama pun Adaptasi Longgar] TAPI the storyline still the best. Secara jujurnya aku lebih suka jln cite in this drama to compare yg dlm novel tu. Cerita episode kali ini ditamatkan dengan penemuan 'sesuatu' dlm keta #SethTan. Those yg dah baca novel Kasih Yang Suci, pasti dah boleh agak apakah penemuan itu. Walaupun might b penemuan tu tak sama mcm dlm novel TAPI yang pasti sesuatu yg amat 'gempak' nnt. Kita tunggu dn lihat saja in the next episode.



               
                 

READ MORE- NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 22
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...