Saturday, July 2, 2011

Home » , , , , » TAHAJJUD CINTA DRAMA TERBARU SLOT ZEHRA TV3

1
Comments
TAHAJJUD CINTA DRAMA TERBARU SLOT ZEHRA TV3


Erma Fatima, pengarah dan juga pelakon TAHAJJUD CINTA
TAHAJJUD CINTA bakal menemui penonton pada 8hb June 2011 nanti mengisi kekosongan SLOT ZEHRA setiap JUMAAT 9 MLM selepas drama KERANAMU LAILA tamat bersiaran pada 1hb Julai 2011 yang lalu. Drama 13 episodes terbitan RUMAH KARYA CIPTA di bawah arahan ERMA FATIMA ini membariskan 19 orang pelakon popular tanahair seperti Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Jins Shamsuddin, Neelofa, Norish Karman, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.
Fazura sebagai Citra Maisara
SINOPSIS:
"TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.
Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa citra sama sekali tiak mengetahui bahawa anak mereka yang dihantar ke London untuk mengikuti Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Fouziah gous sebagai Seri
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembalinya di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meruskan impiannya sebagai seorang peguam syariah. 
 Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tizz Zaqyah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuanganya.
Neelofa sebagai Armani
Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajian Seri di luar negara. Malangnya Seri menjadi mangsa dera Ustaz shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Erma Fatima, Melissa Saila, Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohuddin (Remy Ishak) anak kepada Ustaz Shauki.
Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga, Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa)."
Kredit: Sinopsis
http://www.budiey.com

Antara barisan pelakon-pelakon dalam TAHAJJUD CINTA
TAHAJJUD CINTA banyak berkisar pada isu dan pengorbanan wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Drama ini amat sesuai untuk tontonan wajib semua kaum wanita. Pun begitu drama ini bukanlah untuk menidakkan hak kaum adam, tetapi perlu ada kesedaran di kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud. 

ADAKAH TAHAJJUD CINTA BAKAL MENCETUS SATU LAGI FENOMENA DI DALAM INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN KITA?

Untuk memastikannya, jangan lupa untuk menonton drama "blockbuster" ini di TV3 bermula 8hb Julai 2011, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.

Aaron Aziz turut berlakon dalam TAHAJJUD CINTA
Jom ramai-ramai kita "LIKE" FanPage TAHAJJUD CINTA

Hayati video ini iaitu lagu tema yang terdapat di dalam TAHAJJUD CINTA:
:


"SELAMAT MENONTON"





1 comment:

  1. kite tak tengok pon lagi citer ni, mcm biase, bila orang lain dah setengah jalan, barulah nak bukak TonTon.com untuk mula tengok, hehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...