Wednesday, June 29, 2011

Home » , , , , , , » SANTAU KERAMAT (2010) - ANTARA LAKONAN TERBAIK DARI AARON AZIZ

11
Comments
SANTAU KERAMAT (2010) - ANTARA LAKONAN TERBAIK DARI AARON AZIZ



TAJUK TELEMOVIE : SANTAU KERAMAT
PRODUKSI : THE MEDIA HUSTLER SDN BHD
ARAHAN : GHAZ ABU BAKAR
PELAKON : AARON AZIZ, WAN SHARMILLA, RAFE SUMANTRI, RIZ AZMIN dll.
SALURAN : ASTRO RIA (CH104) (AUGUST 2010)

SINOPSIS :
"Telemovie ini mengisahkan seorang pemuda bernama Najmi (lakonan Aaron Aziz) yang dipercayai disantau, mengharungi sisa-sisa hari hidupnya untuk mencari kemaafan dari segala dosa yang telah dilakukannya yang mengakibatkan dirinya disantau. Najmi akhirnya diketemukan hidayah di sebuah masjid ketika dia hendak menunaikan solat Asar. Telemovie ini bukan klise cerita Melayu seram yang selalu kita tengok walaupun tajuknya agak sedikit ganas. Tiada makhluk berwajah hodoh, hantu dan sebagainya tetapi banyak bermain dengan perasaan dan diri pemuda tersebut." [Sinopsis ini adalah hasil carian di GOOGLE]
Aaron Aziz membawa watak sebagai Najmi
Walaupun cerita ini sudah lama ditayangkan dan sudah diulang tayangkan beberapa kali kat ASTRO [what my friend said la], TAPI recently ini  sahaja aku berkesempatan nak menontonnya. Ada beberapa sebab mengapa hal ini berlaku. Dulu aku bukanlah seorang yang kaki tengok drama TV sangat2. Even ada pelakon kesayangan aku berlakon, selalu sahaja miss tengok disebabkan kesibukan dan komitmen keja yang teramat melampau. Lagi satu aku pegang kukuh ngan prinsip aku, "AKU BUKAN SPECIES PENAKUT TAPI AKU TAK LAYAN CERITA SERAM DAN TAHYUL". 

Memandangkan dulu aku selalu sahaja miss nak tengok pelakon favorite aku berlakon, sapa lagi kalu bukan Aaron Aziz, so sekarang nie aku tengah marathon tengok semua drama2 dan filem2 yang aku terlepas tengok tu. Dan telemovie ini tersenarai dalam list aku. Yang membuatkan aku teruja SGT2 nak tengok cite nie adalah apabila ada seorang kawan baik aku yang baru sahaja mendapat penyakit "AA FEVER" [AARON AZIZ FEVER] menghasut aku tengok video nie: 
[This video taken from YouTube]
Thanks to YouTube yang membolehkan aku tengok this telemovie. Cerita nie berlaku dalam satu hari sahaja. So senang kan, pakai baju yang sama ja till the end of the cerita. Pada aku jalan ceritanya tak lah terlalu berat dengan erti kata lain simple ja. Cerita dia tak seseram tajuk dia. Sebuah cerita yang pada pendapat aku boleh memberi impak dan kesan agar kita sedar diri dengan segala perbuatan yang telah kita lakukan. Senang cakap cerita nie biasa2 ja tapi sarat dengan pengajaran.

Cerita berkisar kepada seorang pemuda yang bernama Najmi yang pada suatu hari telah mengalami muntah2 yang amat teruk dan sesekali tu keluar kaca dari mulut dia. Kalau dah kuar benda2 bukan dari dalam mulut tu, memang sah le something wrong somewhere. Kena santau la apalagi. Najmi pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan yang Najmi tak ada apa2 masalah. Najmi terkejut, dengan keadaan dia yang tak bermaya doktor boleh kata tak ada apa2. Sebaliknya, mencadangkan Najmi berjumpa bomoh untuk membantunya. Najmi yang pada asalnya tidak percaya dengan bomoh2 nie akhirnya memaksakan dirinya tuk berjumpa bomoh yang disarankan oleh doktor tersebut iaitu bomoh Majeed.

Photos kidnapped from Media Hustler FanPage
Sesungguhnya memang bomoh sekarang dah too over moden. Lagi2 bomoh dalam KL nie. Bomoh2 moden skang dah upgrade sikit dok umah double storey. Then leh pakai kereta import lagi pulak tu. Ok, malas aku nak elaborate panjang lebar pasal umah bomoh nie, tak penting pun. Setelah Najmi menjelaskan masalah yang dihadapi, bomoh tersebut mengesahkan yang Najmi memang sudah kena santau disebabkan ada orang yang sakit hati SGT2 kat Najmi. Yang tak tahan tu bomoh tu siap boleh cakap,"Kamu nie dah aniaya orang, memang patut pun kena santau..." Huhuhuhuhu, kalu korang la kat tempat Najmi apa perasaan korang. tak hangin ke bila kita g nak nak berubat tapi kena zassssss balik sama itu bomoh. 

Kes Najmi menjadi semakin serious bila bomoh tu beritahu dia, yang boleh buat santau itu hilang ialah orang yang menghantar santau itu. Bomoh tu suruh Najmi recall balik if ada sesiapa yang pernah dia aniaya or sakiti. "KALAU KITA HENDAK ORANG MAAFKAN KITA, KITA KENA PERGI MINTA MAAF..." zasssssss Najmi kena lagi dengan tok bomoh tu. Najmi yang sememangnya tak percaya dengan semua ini, terpaksa membuang egonya jauh2. Apalagi pilihan yang Najmi ada selain mencari dan memohon maaf dari orang-orang yang pernah dia sakiti. Masa yang Najmi ada semakin suntuk. Ini disebabkan orang yang hantar santau tu bagi masa sehingga sebelum senja atau Maghrib lebih tepat lagi untuk memohon maaf kepadanya. Boleh lak ada dateline le pulak.

Photo taken from Media Hustler FanPage
Mula2 terfikir la jugak aku, kenapa la bomoh tu tak hantar saja santau tu balik kat orang yang hantar tu. Habis citer. Then bila aku diagnosis balik kata2 bomoh tu, "....tapi apa beza saya dengan orang itu....." Betul and ada logiknya jugak. Kalu hantar balik the santau kat orang yang hantar tu then the other party pulak nanti hantar balik kat kita, dok santau menyantau each other bila nak habis. Like never ending story la. Am I right???? So, bermulalah "pencarian" Najmi mencari orang-orang yang pernah dia sakiti dulu. 

The first person Najmi jumpa adalah bekas teman wanita dia, Kartika. Watak Kartika nie dilakonkan oleh Wan Sharmilla. Not bad lah lakonan dia dalam cite nie. Najmi dengan Kartika dah terlanjur sehingga menyebabkan si Kartika dah termengandungkan anak Najmi. Najmi tidak lagi bersedia menjadi bapa kepada anak itu lalu membiarkan Kartika menanggung semua itu. So, keberangkalian if Kartika sakit hati dan hantar santau tu adalah tinggi. Tapi, Kartika menyatakan yang dia tak ada kaitan langsung ngan santau menyantau nie. Ye lah, kalu ye pun dia buat tak kan dia nk ngaku depan2 org yang dia santau kan. Betul tak? Najmi meminta maaf di atas segala yang kesalahan yang telah dia lakukan terhadap Kartika. Bagi Kartika, Najmi tidak ada apa2 yang perlu meminta maaf darinya. Setiap manusia ada kesalahan dan kesilapan masing-masing. Jadi, seharusnya kemaafan itu perlu dipohon pada Tuhan. Betul, aku setuju SGT2 dengan kata2 Kartika nie. 
Wan Sharmila memegang watak Kartika ex-gf Najmi
Kalau bukan Kartika yang melakukan, siapa lagi yang tidak puas hati dengan Najmi sehingga menghantar santau kepadanya? Najmi cuba mengingati siapa lagi yang pernah dia sakiti dulu. Tiba2 dia teringatkan kawan baiknya, Muzamil. Najmi dan Muzamil bukan sahaja sahabat yang akrab tetapi kedua2nya bekerja di bawah satu bumbung. Kedua2 sahabat ini dulu pernah berlumba2 untuk mendapatkan jawatan AGM (Assistant General Manager) di dalam syarikat tempat mereka bekerja. Najmi, mengambil jalan pintas untuk dapatkan jawatan itu dengan mengenakan Muzamil. Kalau sesiapa pun berada di tempat Muzamil pasti akan rasa sakit hati dan marah bila kawan baik kita selama ini menikam kita dari belakang. So, Najmi syak yang Muzamil adalah individu yang bertanggungjawab menyantau dia. Sepertimana Kartika, Muzamil juga menafikan yang dia menghantar santau ke Najmi. 
[Photos taken from Media Hustler FanPage]
Kartika bukan, Muzamil pun bukan individu yang menyantau Najmi. Then, WHO?????? Najmi buntu. Akhirnya, Najmi seperti pasrah dengan keadaan dia yang sedang nazak itu. Before aku mengulas dengan panjang lebar yang semmgnya aku rasa dah lebar sgt pun, aku nak puji dengan lakonan Aaron Aziz. Lakonan yang tidah pernah mengecewakan. Aku puji melambung nie bukan sebab aku nie peminat terlampau Aaron Aziz. Tetapi mmg can't denial la with his acting. Mmg SUPERB ok. That's one of the reason why aku suka tengok SGT2 dia nie lakon. Aaron berjaya membawa watak Najmi dengan begitu baik sekali. Expression muka yang betul2 orang tgh nazak nak mati. Sedey aku tgk keadaan Najmi yang tak bermaya tu. 

Masa di dalam teksi, selepas Najmi berjumpa Muzamil, Najmi menerima panggilan telefon from his mama. Scene Najmi ckp ngan mama dia nie la yang aku tak leh tahan airmata aku dari mengalir keluar. Dah la semmgnya aku dr awai dah sedey tgk keaadaan Najmi. Gaya Najmi cakap tu dah macam itulah kali terakhir perbualan dia ngan mama dia. Mmg sungguh terkesan kat ati aku scene  nie.



Memandangkan waktu solat Asar dah nak abis, Pak Cik Hadi, drebar taxi yang sudah seharian membawa Najmi ke sana ke mari meminta kebenaran untuk singgah di masji berdekatan untuk solat. Pak Cik Hadi terlalu kesian melihat keadaan Najmi. Sebelum dia g solat, dia sempat memberi sepatah dua kata tuk Najmi. Macam nie bunyi nasihat pak cik taxi tu,"Dengan masa yang kamu ada nie, pak cik rasa lebih baik kamu minta maaf dengan Allah, Najmi. Sebenarnya Allah dah bagi banyak masa dengan kita. Cuma kita sahaja yang banyakan masa tuk mengejar hal2 dunia nie." 


Terkesan dengan kata2 pak cik taxi tu dan juga mengingatkan kembali pesan mamanya supaya tidak meninggalkan solat, Najmi melangkah keluar from the taxi tuk mengerjakan juga solat Asar. Adegan yang paling menarik perhatian aku adalah bila mana Najmi tidak tahu langsung mengambil wudhu lagi2 lah ambik wudhu kat kolah yang terdapat dalam masjid tu. Samada dia dah lupa cam na nak berwudhu atau mmg dia tak pernah langsung berwudhu means tak pernah langsung solat la sebelum nie. Perkara ini bukan lah perkara yang janggal bagi kita dan semmgnya ada terjadi di dalam kehidupan sebenar kita. Ini sedikit sebanyak menyedarkan kita supaya tidak lalai dan mengambil sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah SWT.
[Photos kidnapped from Media Hustler Fanpage]
Kebetulan ketika itu datang seorang lelaki tuk berwudhu. Dengan mengikut segala apa yang lelaki itu buat, Najmi akhirnya berjaya juga mengambil wudhu dengan sempurna. Najmi mengikut lelaki itu masuk ke dewan solat di mana hanya mereka berdua sahaja di dalam dewan ketika itu. Pada mulanya, Najmi ingin bersolat sendirian. Tetapi lelaki tadi mengajak Najmi untuk solat berjemaah. Najmi berterus terang yang dia sudah lupa niat solat Asar berjemaah. Dengan bantuan daripada lelaki tadi tu, Najmi menyempurnakan solat Asarnya dengan berimamkan lelaki tersebut. Lagi satu part di mana aku sekali lagi tak dapat menahan airmata  aku dari terus keluar. Adegan Najmi memohon doa ke hadrat Ilahi di atas segala kesilapan yang telah dia lakukan. Huwaaaaaaa....I were really so touched with this scene:

Najmi sepatutnya bersyukur kerana di saat dia tahu ajalnya akan tiba, Allah telah memberi peluang kepadanya untuk meminta ampun kepada-Nya. Antara kata lelaki misteri itu kepada Najmi sebelum menghilangkan diri ialah meminta Najmi sentiasa berdoa mendekatkan diri kepada-Nya. Ajal maut jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Kita sebagai hambaNya kena redho dengan segala ketentuanNya. Akhirnya Najmi menemui hidayah di masjid itu.

Najmi pasrah. Sekiranya betul ajalnya sudah tiba, dia redho sahaja. Najmi meminta pak cik hadi menghantar dia pulang ke rumah. Kata Najmi, kalau nak mati pun biarlah dia mati di rumah saja. Pak cik Hadi terkejut dengan kata2 Najmi. Dia tak sangka Najmi mudah putus asa macam tu aja. Hah, masa nie la yang pak cik Hadi terlepas cakap terkeluar nama Kartika dari mulut dia. Najmi terkejut macam mana la pulak pak cik taxi tu tahu nama ex awek dia. Jangan kata Najmi aku pun konfius la juga. Rupa2nya pak cik taxi tu sebahagian daripada komplot nak kenakan Najmi. Apa2 pun aku rasa pak cik taxi tak bersalah. Dia hanya diupah tuk bawa Najmi ke sana ke mari ja. Jelas kelihatan riak risau di wajah pak cik taxi nie bila dia tgk Najmi tersungkur teruk kat tepi jalan. 

[Photo taken from Media Hustler FanPage]
Kartika, Muzamil, Tini (anak buah Kartika), doktor kat klinik tu ngan tok bomoh Majeed tu semua2 bergabung untuk kenakan Najmi. Memang la Najmi dah buat salah terlampau dah sakitkan hati sesetengah pihak tapi agak2 ler sikit nak mengajar si Najmi ti. Guna santau tu. Sampai si Najmi tu nak mati dah kat tepi jalan. Nasib baik santau tu ditarik balik. Kalu dak mmg dah aruah la si Najmi.

Ramai yang dah tengok cerita nie cakap ending dia tergantung. Tak tahu samada Najmi mati atau tidak. Pada pendapat aku, sebenarnya tidak tergantung. Mmg jelas di pandangan aku yang Najmi terselamat dari terus disantau. Segala keseluruhan apa yang dapat  aku katakan ialah cerita ini diolah dengan baik sekali. Cerita dia tak so complicated. Jalan cerita yang senang tuk difahami. Di samping script yang tak terlalu berat. As I have mentioned earlier, cerita ini sarat dengan pengajaran dan ikhtibar tuk kita semua.

[Photo taken from Media Hustler FanPage]
Lakonan yang mantap from Aaron Aziz yang menjadikan cerita ini menarik untuk ditonton. THUMBS UP!!!!!



11 comments:

  1. ini adalah antara lakonan terbaik AARON AZIZ walaupun drama ini bukan antara my fav drama...

    ReplyDelete
  2. LY,
    ur review ni buat akak nak tgk drama nih.. thanks... gud review.. dah semakin pandai mengolah ayat.. thumbs up.. keep it up for next rwview..

    ReplyDelete
  3. ko ni kan fiena.. sje je bg aku jeles ko bleh pos ayt2 dye g.. aku hfl ayt pak cik driver taxi tu trslh sebut nama kartika je.. anyway, good one!

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha....mahu aku taw hfl beb, berapa kali dh aku marathon tgk....not sbb the cite tu best TP lakona AA mmg TERBAEKKKKKKKKKK la dlm SK nie ;)

    ReplyDelete
  5. Fifi_Hendrenna FifianaJuly 21, 2011 at 12:39 PM

    yup, this is one of my fav telemovie from AA..
    very good acting from AA, our fav actor ever :)

    ReplyDelete
  6. Nak tanya ni...after the end credit habis...last sekali...dia tunjuk, pintu rumah bomoh tu diketuk dan dibuka oleh bomoh tapi tak tunjuk siapa yg melawat dia...tapi buka bomoh tu terkejut...siapa tu? ingatkan roh najmi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bomoh tu mcm kena santau kot..nmpak end of scene mcm dia nk muntah darah..

      Delete
  7. santau tu xjadi. atas ijin Allah. tgk sampai part last. santau tu patah balik kt bomoh tu. padan muka kt bomoh, kartika ngan kwn dia tu.

    ReplyDelete
  8. Salam...boleh bagi link tak?akak.x jumpalah dlm youtube...thx

    ReplyDelete
  9. Celah mana ajar main2 santau buat mcm tu,
    nak bgi hidayah dekat sapa2 pun
    xde dalam istilah guna santau,
    Selalu nye yg kene santau2 ni org yg baik2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...