Wednesday, June 29, 2011

Home » , , , , , , , , » STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA

0
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA


Tidak sampai beberapa hari drama NORA ELENA melabuhkan tirainya, muncul pula lagi satu drama yang juga dari hasil adaptasi sebuah novel terkenal. Mungkin trending drama tahun 2011 memilih jalan cerita berdasarkan dari novel-novel yang hangat di pasaran. Seperti semua sedia maklum, drama NORA ELENA telah mencetuskan satu FENOMENA LUAR BIASA di dalam industri hiburan tanahair. Walaupun semasa entry ini ditulis, sudah masuk minggu kedua NORA ELENA berakhir, namun bahang drama NORA ELENA masih lagi hangat diperkatakan di mana-mana sahaja. Mampukah STANZA CINTA menandingi kehebatan NORA ELENA? Sama-sama kita ikuti drama 13 episodes ini yang sudah pun memulakan tanyangannya pada 19hb Jun 2011 yang lepas pada setiap hari AHAD jam 9 MALAM di TV3.

PROMO TRAILER STANZA CINTA TV3:

Drama STANZA CINTA ini diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "STANZA CINTA" yang ditulis oleh NURULL HALAWATI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, penulis buku ini juga merupakan orang yang sama menulis untuk skrip STANZA CINTA. Untuk mengetahui sinopsis novel ini, boleh melayari blog penulis itu sendiri, dengan mengklik di sini: SINOPSIS NOVEL STANZA CINTABagi yang belum memiliki novel ini, boleh juga membuat pesanan terus dengan penulis buku itu sendiri NURULL HALAWATI.
Novel "STANZA CINTA"
SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA:
"Amni Sofia (lakonan Nur Fathia) adalah seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. Sebagai seorang guru agama, Amni Sofia sedia upaya menjadi seorang insan yang solehah dan tidak dapat lari dari dugaan hidup dan dilema. Watak Irfan (lakonan Aaron Aziz) sebagai tunang Amni yang sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas. Irfan pemuda yang baik, kacak dan kaya raya tetapi kurang ilmu didikan agama, agak manja dan tidak pandai berdikari. Manakala watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz) pula adalah cinta pertama Amni. Taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan telah berjaya menambat hati Amni." [Sinopsis ini diperolehi hasil 'CSI' aku di laman sesawang]
Tunggak Utama "STANZA CINTA"
Cerita berkisar kepada cinta segi antara Amni , Irfan dan Taufik. Amni menyukai Taufik, tetapi Taufik tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Amni. Irfan yang lebih menyukai Amni. Irfan dan Taufik difahamkan adalah bersahabat. Amni akhirnya menerima Irfan setelah 'direject' oleh TAufik dan mereka bertunang. Apakah yang terjadi seterusnya kepada kisah percintaan mereka? Untuk mengetahui apa yang berlaku di antara mereka, kena la kita mengikuti perjalanan cerita ini sehingga ke penghujungnya.

JOM RAMAI2 KITA "LIKE" FANPAGE STANZA CINTA TV3

Sidang Media STANZA CINTA di Sri Pentas Bandar Utama. Sedutan video dari rancangan Fuhh! Episode 26.

Hayati salah satu lagu tema di dalam Drama  STANZA CINTA, "ANTARA KITA" Nyanyian Jed Madela dan Nikki Palikat:


HAPPY WATCHING!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...