Monday, July 18, 2011

Home » , , , , , , , » STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 3

0
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 3


Episode kali ini agak tidak mengecewakan sangat. Ada sedikit improvement compare to previous 2 episodes. Boleh dikatakan Episode 3 ini, episode terbaik STANZA CINTA setakat ini. Mungkin terlalu awal untuk mengklasifikasikan ia sebagai TERBAIK, tetapi ia sudah cukup untuk mengubat duka  selama 2 minggu berturut-turut. Namun begitu, pengolahan cerita masih lagi 'shaking' atau erti kata lain masih tidak kuat. Dari segi suntingan walaupun agak sedikit baik untuk episode kali ini tetapi masih banyak lagi perlu  diperbaiki. [ceh, aku komen macam ler aku bagus sangat dalam bab nie :). Sorry kalu ada yang terasa. Tiada maksud untuk melukakan hati sesiapa. Ini cuma pandangan dari seorang penonton yang typical macam aku nie]

Skrip pula ada sedikit kecelaruan. Ini jelas ketara semasa scene Dr Ikram bercakap di telefon dengan Taufik. Mula-mula kalau tidak salah telinga ini mendengar Taufik cakap dia sudah berhenti kerja sebagai Pembantu Hospital. Then, tiba-tiba pula at satu part nie, Taufik cakap nanti dia akan minta cuti kat tempat kerja untuk ke Kuala Lumpur. Memang sungguh mengelirukan. Macam mana si pengarah tidak perasaan skrip yang tidak selari nie. Pada pendapat aku, scene perbualan antara Dr Ikram dengan Taufik ada macam tidak kena sahaja with the script. Adakah ini disebabkan oleh script ataupun suntingan yang tidak teratur? Ada sesiapa yang boleh tolong jawapkan?????

Bukan itu sahaja, semasa scene Taufik dengan Som, anak jiran yang hantar nasi kerabu tu, pun ada sikit kecelaruan skrip berlaku. Tidak tahu samada korang perasaan or tidak. Bagi aku yang selalu berulang kali tengok secara tidak sengaja terperasaan with the situation.


Ada lagi satu kesangsian atau kekeliruan yang bermain di kepala aku. Cuba korang teliti betul-betul gambar yang aku attach kat atas nie. Difahamkan yang si Amni nie pelajar Senibina UiTM. Masa di episode 2 dekat scene last-last tu, pengumuman memang jelas dan nyata mention nama UiTM. Tapi bila si Amni pergi jumpa Cik Ainon, dia diberi surat disiplin TAPI atas nama UNIVERSITI SENI BINA KEBANGSAAN PUTRAJAYA. Pertama kali aku dengar nama universiti nie. Wujud ke universiti nie? Aku sudah cuba selongkar sana sini untuk mendapatkan maklumat tapi tiada hasilnya. Maksudnya universiti nie macam tak wujud ja. Apa kes, belajar kat dalam UiTM (ikut jalan cerita la even shooting took place kat dalam UTM), dapat surat from uni lain. Dan yang paling best sekali, kat dalam bilik Cik Ainon tu terpampang dengan jelas poster tatacara berpakaian untuk student UTM. Adoyai, FAILED!!!!!! Sesiapa yang berkenaan tu [macam ler dorang tu baca entry aku  nie] please be more careful in the future.


Cuba korang tengok gambar di atas nie pulak. Yang ada aku 'square'/'highlight kan tu adalah scene di mana Irfan tengah surfing something and he answering Fadhli's call.. At that time terjemaahan Al-Quran tu memang dah ada atas meja solek Irfan. Then suddenly the next scene after that scene, came out scene Irfan kat kedai buku tengah hendak membeli terjemaah Al-quran. The same one exactly yang ada atas meja solek Irfan tu. Korang ada rasa confuse or pelik macam aku rasa tak? Silap suntingan kah ini atau Irfan memang nak beli lagi satu buat koleksi dia. :)


Semasa dalam episode 2, Irfan ada terlanggar secara tidak sengaja kawan Amni, Umairah. In episode 3 nie pula, sekali lagi mereka terserempak di hospital. Masa nie, Umairah ada temujanji dengan Dr Ikhram manakala Irfan pula ingin berjumpa dengan kawannya seorang doktor di hospital yang sama. Rasanya kawan Irfan tu adalah Dr Ikhram juga. Tidak dinyatakan tapi aku teka sahaja :). Aku pernah cakap previously, banyak plot2 cerita yang kurang jelas. Macam scene Irfan ngan Umairah nie. Aku masih belum nampak apa kaitan both of them in this strory. Mungkin kena tunggu 2-3 episode lagi baru persoalan ini boleh terjawab agaknya. Mungkin ini salah satu cara agaknya pengarah nak suruh penonton setia di depan TV setiap minggu. 

Walaupun episode kali nie agak baik sikit, TAPI masih lagi 'dicemari' dengan scene2 yang mengarut yang sepatutnya tidak ada pun tidak apa. Scene Cik Ainon tanam tangkal kat depan asmara Amni memang sungguh tidak boleh diterima. Usaha Cik Ainon nak kenakan Amni digagalkan oleh Auni. Ini menyebabkan Cik Ainon semakin naik angin. Kali nie dia pergi jumpa pulak bomoh siam. Another new watak diwujudkan iatu si Amir Raja Lawak "I'M SORRY". Aku sesungguhnya tidak faham sama sekali kenapa perlu ada watak2 tambahan yang tidak penting ini. Mengapa tidak fokus sahaja kepada watak-watak utama????? Memang serabut betul tengok jalan cerita yang banyak sangat sub plot yang tidak berkenaan.



Lagu Latar: Cemburu Menguras Hati by Vidi Aldiano

Here come then best part. Those yang peng'folo' tegar blog aku nie, mesti dah masak sangat sebab apa aku kata best part. Kali ini scene Irfan meng'ayat' Amni keluar 'date'. Dengan meng'umpan'kan adik dia si Iqlimah, Irfan cuba untuk mangajak Amni keluar makan bersama. Amni, as usual still dengan pendirian tegas dia tidak suka keluar tidak tentu pasal dengan alasan dia banyak kerja hendak dibereskan. Aku suka part Irfan a.k.a Aaron Aziz cakap,"DRAWING TU AKU PULAK YANG BAGI....". Dengan mimik muka yang rasanya lakonan spontan from Aaron menceriakan lagi keadaan. Another one is masa Irfan tersasul cakap kata nak hantar Amni sampai pintu bilik tu. Memang nampak very spontaneous not a lakonan. 




Apa sahaja scenes yang ada Irfan a.k.a Aaron Aziz pasti tidak akan membosankan. Lagi satu scene semasa kat site di mana Irfan terpaksa bersembunyi dek kerana tidak mahu Amni nampak. Ye la, projek tahun akhir yang Amni, Auni dan Fadhli  dapat adalah projek syarikat Irfan. Biasa la, Irfan akan menggunaka apa sahaja cara bagi mendekati Amni. Middle man dia siapa lagi kalu bukan Fadhli sepupu Irfan tu. Lagak dua sepupu nie berbisik-bisik menyorok from Amni memang very kelakar. Tengok banyak kali this scene pun memang tidak akan membosankan.


Rasa2nya ini kot idea si Fadhli tu.....memang so clever nya idea
Nampaknya cerita sudah mula menjadi semakin menarik. Rasa tak sabar pulak nak tunggu what happen in next episode. Apa la agaknya idea yang si Fadhli tu kasi kat Irfan tu ye......

Reaksi Amni melihat Irfan berbaju melayu berkain sarung...."nganga sopan" tu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...