Showing posts with label Aaron Aziz dalam Stanza Cinta. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz dalam Stanza Cinta. Show all posts

Monday, July 18, 2011

0
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 3


Episode kali ini agak tidak mengecewakan sangat. Ada sedikit improvement compare to previous 2 episodes. Boleh dikatakan Episode 3 ini, episode terbaik STANZA CINTA setakat ini. Mungkin terlalu awal untuk mengklasifikasikan ia sebagai TERBAIK, tetapi ia sudah cukup untuk mengubat duka  selama 2 minggu berturut-turut. Namun begitu, pengolahan cerita masih lagi 'shaking' atau erti kata lain masih tidak kuat. Dari segi suntingan walaupun agak sedikit baik untuk episode kali ini tetapi masih banyak lagi perlu  diperbaiki. [ceh, aku komen macam ler aku bagus sangat dalam bab nie :). Sorry kalu ada yang terasa. Tiada maksud untuk melukakan hati sesiapa. Ini cuma pandangan dari seorang penonton yang typical macam aku nie]

Skrip pula ada sedikit kecelaruan. Ini jelas ketara semasa scene Dr Ikram bercakap di telefon dengan Taufik. Mula-mula kalau tidak salah telinga ini mendengar Taufik cakap dia sudah berhenti kerja sebagai Pembantu Hospital. Then, tiba-tiba pula at satu part nie, Taufik cakap nanti dia akan minta cuti kat tempat kerja untuk ke Kuala Lumpur. Memang sungguh mengelirukan. Macam mana si pengarah tidak perasaan skrip yang tidak selari nie. Pada pendapat aku, scene perbualan antara Dr Ikram dengan Taufik ada macam tidak kena sahaja with the script. Adakah ini disebabkan oleh script ataupun suntingan yang tidak teratur? Ada sesiapa yang boleh tolong jawapkan?????

Bukan itu sahaja, semasa scene Taufik dengan Som, anak jiran yang hantar nasi kerabu tu, pun ada sikit kecelaruan skrip berlaku. Tidak tahu samada korang perasaan or tidak. Bagi aku yang selalu berulang kali tengok secara tidak sengaja terperasaan with the situation.


Ada lagi satu kesangsian atau kekeliruan yang bermain di kepala aku. Cuba korang teliti betul-betul gambar yang aku attach kat atas nie. Difahamkan yang si Amni nie pelajar Senibina UiTM. Masa di episode 2 dekat scene last-last tu, pengumuman memang jelas dan nyata mention nama UiTM. Tapi bila si Amni pergi jumpa Cik Ainon, dia diberi surat disiplin TAPI atas nama UNIVERSITI SENI BINA KEBANGSAAN PUTRAJAYA. Pertama kali aku dengar nama universiti nie. Wujud ke universiti nie? Aku sudah cuba selongkar sana sini untuk mendapatkan maklumat tapi tiada hasilnya. Maksudnya universiti nie macam tak wujud ja. Apa kes, belajar kat dalam UiTM (ikut jalan cerita la even shooting took place kat dalam UTM), dapat surat from uni lain. Dan yang paling best sekali, kat dalam bilik Cik Ainon tu terpampang dengan jelas poster tatacara berpakaian untuk student UTM. Adoyai, FAILED!!!!!! Sesiapa yang berkenaan tu [macam ler dorang tu baca entry aku  nie] please be more careful in the future.


Cuba korang tengok gambar di atas nie pulak. Yang ada aku 'square'/'highlight kan tu adalah scene di mana Irfan tengah surfing something and he answering Fadhli's call.. At that time terjemaahan Al-Quran tu memang dah ada atas meja solek Irfan. Then suddenly the next scene after that scene, came out scene Irfan kat kedai buku tengah hendak membeli terjemaah Al-quran. The same one exactly yang ada atas meja solek Irfan tu. Korang ada rasa confuse or pelik macam aku rasa tak? Silap suntingan kah ini atau Irfan memang nak beli lagi satu buat koleksi dia. :)


Semasa dalam episode 2, Irfan ada terlanggar secara tidak sengaja kawan Amni, Umairah. In episode 3 nie pula, sekali lagi mereka terserempak di hospital. Masa nie, Umairah ada temujanji dengan Dr Ikhram manakala Irfan pula ingin berjumpa dengan kawannya seorang doktor di hospital yang sama. Rasanya kawan Irfan tu adalah Dr Ikhram juga. Tidak dinyatakan tapi aku teka sahaja :). Aku pernah cakap previously, banyak plot2 cerita yang kurang jelas. Macam scene Irfan ngan Umairah nie. Aku masih belum nampak apa kaitan both of them in this strory. Mungkin kena tunggu 2-3 episode lagi baru persoalan ini boleh terjawab agaknya. Mungkin ini salah satu cara agaknya pengarah nak suruh penonton setia di depan TV setiap minggu. 

Walaupun episode kali nie agak baik sikit, TAPI masih lagi 'dicemari' dengan scene2 yang mengarut yang sepatutnya tidak ada pun tidak apa. Scene Cik Ainon tanam tangkal kat depan asmara Amni memang sungguh tidak boleh diterima. Usaha Cik Ainon nak kenakan Amni digagalkan oleh Auni. Ini menyebabkan Cik Ainon semakin naik angin. Kali nie dia pergi jumpa pulak bomoh siam. Another new watak diwujudkan iatu si Amir Raja Lawak "I'M SORRY". Aku sesungguhnya tidak faham sama sekali kenapa perlu ada watak2 tambahan yang tidak penting ini. Mengapa tidak fokus sahaja kepada watak-watak utama????? Memang serabut betul tengok jalan cerita yang banyak sangat sub plot yang tidak berkenaan.



Lagu Latar: Cemburu Menguras Hati by Vidi Aldiano

Here come then best part. Those yang peng'folo' tegar blog aku nie, mesti dah masak sangat sebab apa aku kata best part. Kali ini scene Irfan meng'ayat' Amni keluar 'date'. Dengan meng'umpan'kan adik dia si Iqlimah, Irfan cuba untuk mangajak Amni keluar makan bersama. Amni, as usual still dengan pendirian tegas dia tidak suka keluar tidak tentu pasal dengan alasan dia banyak kerja hendak dibereskan. Aku suka part Irfan a.k.a Aaron Aziz cakap,"DRAWING TU AKU PULAK YANG BAGI....". Dengan mimik muka yang rasanya lakonan spontan from Aaron menceriakan lagi keadaan. Another one is masa Irfan tersasul cakap kata nak hantar Amni sampai pintu bilik tu. Memang nampak very spontaneous not a lakonan. 




Apa sahaja scenes yang ada Irfan a.k.a Aaron Aziz pasti tidak akan membosankan. Lagi satu scene semasa kat site di mana Irfan terpaksa bersembunyi dek kerana tidak mahu Amni nampak. Ye la, projek tahun akhir yang Amni, Auni dan Fadhli  dapat adalah projek syarikat Irfan. Biasa la, Irfan akan menggunaka apa sahaja cara bagi mendekati Amni. Middle man dia siapa lagi kalu bukan Fadhli sepupu Irfan tu. Lagak dua sepupu nie berbisik-bisik menyorok from Amni memang very kelakar. Tengok banyak kali this scene pun memang tidak akan membosankan.


Rasa2nya ini kot idea si Fadhli tu.....memang so clever nya idea
Nampaknya cerita sudah mula menjadi semakin menarik. Rasa tak sabar pulak nak tunggu what happen in next episode. Apa la agaknya idea yang si Fadhli tu kasi kat Irfan tu ye......

Reaksi Amni melihat Irfan berbaju melayu berkain sarung...."nganga sopan" tu

READ MORE- STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 3

Tuesday, July 5, 2011

6
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 2


IF previously in Episode 1, I mentioned the plot was a little bit slow, rasanya episode 2 LAGI  TERUK jalan ceritanya. To all STANZA CINTA FANS, I'm very sorry to say that jalan cerita tersangat lah berterabur. Banyak sangat unnecessarily or wasted scenes. Adakah jalan cerita drama ini digarap sepenuhnya dari jalan cerita novel, aku tidak pasti kerana aku sendiri belum lagi khatam novel STANZA CINTA nie. Mungkin ini salah satu sebab aku berpendapat banyak sangat plot-plot yang mengarut. In term of editing pula, ya ampun teramat la bersepah sana sini tunggang langgang macam kena langgar dengan lori. Satu part sahaja yang aku suka, iatu penggunaan lagu-lagu di dalam drama nie. Memang sungguh menginsafkan. Ya, sepatutnya cerita macam nie menginsafkan TAPI dari awal cerita sampai ke penamat cerita, asyik kena hamun sahaja, macam mana KEINSAFAN hendak berkampung di hati.
This is EXACTLY also how I looked like when watching STANZA CINTA Episode 2
Aku sesungguhnya dirundung kehampaan yang teramat sangat. Persoalan utama yang kini bermain-main di minda aku, BERBALOIKAH HENDAK MENUNGGU SETIAP MINGGU nak tengok cerita nie sehingga selesai episode 13???? The answer is, FOR THE SAKE OF SUPPORTING MY IDOL, AARON AZIZ, ku pujuk hati ku ini untuk terus bertahan dengan semua kemungkinan kekurangan yang bakal mendatang. 
Nasib baik ada "ubat stress" nie tuk menyejukkan  keadaan :)
Dalam episode nie, Amni bergaduh besar dengan Cik Ainon, warden yang sengal dan cengil tak bertempat. Puncanya, Amni sidai pakaian dia kat ampaian Cik Ainon. Pasal small matter nie pun warden tu nak naik hantu.Then, yang aku rasa tak boleh terima dek akal aku ialah, kesalahan tu nak di bawa pula sampai ke Mahkamah Universiti. Rasa macam tak logik pun ada. Aku pun dulu belajar gak kat universiti dok dalam asmara. Tak pernah la pulak dengar kes macam nie kena drag sampai ke court. Yang paling best sekali tu, universiti tempat Amni belajar ialah Universiti Teknologi MARA or nama glamer dia UiTM. Shooting guna campus UTM Jalan Semarak tapi ambik nama UiTM. Kredit just kasi kat UTM. Tak faham aku. Tersentap aku pasal hal ini sebab aku adalah salah seorang bekas graduan UiTM. 

Then, yang teramat sangat la aku so tak puas hati ialah, Cik Ainon tu pergi jumpa bomoh.Wallawei, apahal lak sampai ada scene bomoh-bomoh dalam cite mcm nie. Si warden nie g jumpa bomoh sebab x puat hati dengan pelajar-pelajar dia. Apa mesej yang cuba hendak disampaikan nie. Yang paling aku tak faham, apa la salah Amni sampai Cik Ainon tu nak bomohkan dia. Tak kan sebab Amni melawan cakap dia ja Cik Ainon tu bertindak sampai macam tu sekali. Antara plot cite yang aku rasa amat pincang sekali.

Sejujurnya, plot cerita nie memang amat bercelaru. Ada few conflicts arise tapi tak tahu head and toe dia kat mana. Tiba-tiba ja muncul. Dari episode 1 lagi aku tertanya-tanya, siapa Dr Ikhram nie? Kenapa dia selalu bertegang leher dengan wife dia? Apa masalah dia orang? Kawan baik Amni yang sakit tu, macam mana and bila yang dia tahu dia sakit? Apa kaitan dia dalam cerita nie? From scene to another scene, dari awal cerita sampai ke akhir cerita, penuh dengan seribu persoalan. Pada pendapat aku cara pengolahan jalan cerita yang too weak. Bagi yang sudah tahu jalan cerita novel STANZA CINTA, mungkin tiada masalah bagi mereka memahami jalan cerita. BUT, as for me yang belum pernah lagi khatam novel nie, nampak gaya kena la pergi beli novel nie untuk fahamkan jalan cerita dia, macam tu?
Irfan yang menyekori Amni ke kelas agama, secara tidak sengaja telah terdengar ustaz tempat Amni belajar agama berceramah. Tanpa disedari timbul rasa keinsafan dalam diri Irfan. Dia yang seumur hidup tidak pernah menghadiri mana-mana majlis ilmu mula tersentuh dengan kata-kata ustaz itu. So, bad boy is gonna to turn to be good boy. Aku rasa, dalam banyak-banyak scenes, those scenes yang ada Irfan a.k.a Aaron Aziz sahaja yang boleh aku terima. Bukan sebab aku peminat tegar dia aku cakap macam nie. Sememangnya tidak boleh dinafikan Aaron selalu tidak pernah gagal membawa setiap watak yang diberikan. Cara penghayatan dia yang menyebabkan setiap scene itu menjadi menarik untuk ditonton. Di samping penguasaan script yang amat baik di mana Aaron bijak bermain dengan script yang diberikan.
Chomell membawa watak 'tomboy' bernama Auni
Iqlima adik kepada Irfan
Selain Aaron Aziz, antara penyelamat dalam cerita nie ialah watak Auni yang di bawa oleh Chomell dan Amanda Misbun yang membawa watak Iqlima adik kepada Irfan. Thumbs up to Chomell yang berjaya membawa dan menghayati watak 'tomboy'. Aku pernah tengok Chomell nie lakon dulu dalam Hotel Mania. Memang totally different la watak dia. I believe she can go further in this industry if she  remain behaved and committed as what she's doing now. Amanda Misbun satu lagi nama dalam dunia lakonan yang tidak boleh disangkal bakatnya. Paling aku suka scene dia ngan Irfan kat taman tasek tu. They are really look like brother and sister. This scene can be considered as "penyelamat" untuk episode 2. In this episode, tak banyak "taglines" menarik untuk dikongsi. Cuma satu ja, iaitu masa Irfan menanya satu cute question kat adik dia, "DIK, KALAU ADA LELAKI ENSEM MACAM ABANG NIE KAN NAK NGORAT ADIK, ADIK LAYAN TAK". 

Scene "penyelamat" Episode 2


"Cinta sejati tu tetap menerima walaupun disakiti, tetap mencintai walaupun dikhianati dan juga tetap menunggu walaupun ditinggalkan..."

Watak Taufik masih belum berkembang lagi in this episode. Dalam episode nie Taufik telah kehilangan bapanya. Jadi masih belum boleh komen apa-apa pasal waak yang di bawa oleh Fizz Fairuz nie. 



Episode ini berakhir dengan seribu kehampaan. Tapi aku masih lagi berharap agar satu keajaiban dan kejutan akan berlaku di episode akan datang.

READ MORE- STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 2

Wednesday, June 29, 2011

0
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA


Tidak sampai beberapa hari drama NORA ELENA melabuhkan tirainya, muncul pula lagi satu drama yang juga dari hasil adaptasi sebuah novel terkenal. Mungkin trending drama tahun 2011 memilih jalan cerita berdasarkan dari novel-novel yang hangat di pasaran. Seperti semua sedia maklum, drama NORA ELENA telah mencetuskan satu FENOMENA LUAR BIASA di dalam industri hiburan tanahair. Walaupun semasa entry ini ditulis, sudah masuk minggu kedua NORA ELENA berakhir, namun bahang drama NORA ELENA masih lagi hangat diperkatakan di mana-mana sahaja. Mampukah STANZA CINTA menandingi kehebatan NORA ELENA? Sama-sama kita ikuti drama 13 episodes ini yang sudah pun memulakan tanyangannya pada 19hb Jun 2011 yang lepas pada setiap hari AHAD jam 9 MALAM di TV3.

PROMO TRAILER STANZA CINTA TV3:

Drama STANZA CINTA ini diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "STANZA CINTA" yang ditulis oleh NURULL HALAWATI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, penulis buku ini juga merupakan orang yang sama menulis untuk skrip STANZA CINTA. Untuk mengetahui sinopsis novel ini, boleh melayari blog penulis itu sendiri, dengan mengklik di sini: SINOPSIS NOVEL STANZA CINTABagi yang belum memiliki novel ini, boleh juga membuat pesanan terus dengan penulis buku itu sendiri NURULL HALAWATI.
Novel "STANZA CINTA"
SINOPSIS DRAMA STANZA CINTA:
"Amni Sofia (lakonan Nur Fathia) adalah seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. Sebagai seorang guru agama, Amni Sofia sedia upaya menjadi seorang insan yang solehah dan tidak dapat lari dari dugaan hidup dan dilema. Watak Irfan (lakonan Aaron Aziz) sebagai tunang Amni yang sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas. Irfan pemuda yang baik, kacak dan kaya raya tetapi kurang ilmu didikan agama, agak manja dan tidak pandai berdikari. Manakala watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz) pula adalah cinta pertama Amni. Taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan telah berjaya menambat hati Amni." [Sinopsis ini diperolehi hasil 'CSI' aku di laman sesawang]
Tunggak Utama "STANZA CINTA"
Cerita berkisar kepada cinta segi antara Amni , Irfan dan Taufik. Amni menyukai Taufik, tetapi Taufik tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap Amni. Irfan yang lebih menyukai Amni. Irfan dan Taufik difahamkan adalah bersahabat. Amni akhirnya menerima Irfan setelah 'direject' oleh TAufik dan mereka bertunang. Apakah yang terjadi seterusnya kepada kisah percintaan mereka? Untuk mengetahui apa yang berlaku di antara mereka, kena la kita mengikuti perjalanan cerita ini sehingga ke penghujungnya.

JOM RAMAI2 KITA "LIKE" FANPAGE STANZA CINTA TV3

Sidang Media STANZA CINTA di Sri Pentas Bandar Utama. Sedutan video dari rancangan Fuhh! Episode 26.

Hayati salah satu lagu tema di dalam Drama  STANZA CINTA, "ANTARA KITA" Nyanyian Jed Madela dan Nikki Palikat:


HAPPY WATCHING!!!!!!!
READ MORE- STANZA CINTA DRAMA TV3 LAKONAN AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ & NUR FATHIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...