Friday, July 1, 2011

Home » , , , , , , , » STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 1

6
Comments
STANZA CINTA DRAMA TV3 - EPISODE 1


Bait pertama STANZA CINTA telah menemui penonton semua pada tanggal 19th Jun 2011. Secara keseluruhannya apa yang dapat kurumuskan di sini ialah permulaan episode ini gagal menarik perhatian aku sama sekali. WHY????? Bagi aku plot jalan cerita dia yang agak slow sikit. 10 minit pertama cerita aku dah rasa  a little bit bored. Mungkin engine belum lagi cukup panas untuk menghangatkan cerita. Well, boleh dimaafkan sebab baru 1st episode. Cerita tiada apa-apa kelainan selain persoalan biasa yang dapat kita lihat di dalam drama-drama Melayu yang lain. Script is not to catchy. It's typical Malay drama punya script. 

The only strength in this drama is of course, CAN'T REALLY DENIAL at all, "TAIKO" yang telah banyak mencuri hati-hati wanita di Malaysia, Singapura, Brunei mahupun di seluruh dunia rasanya. Siapa lagi kalau bukan AARON AZIZ. Aaron membawa watak yang agak lain daripada watak sebelum ini iatu Seth Tan dalam NORA ELENA. So, tak ada la nampak sangat2 stereotype with watak baik yang ala dewa dulu. Aaron membawa watak Irfan Iqbal, seorang yang aku gambarkan as soft spoken bad boy turn to be good one. Lakonan Aaron bagi aku tidak pernah nya mengecewakan. Ini sedikit sebanyak menutup sedikit kelemahan atau kekurangan drama ini.
KREDIT:VIDEO [GUA TV]

Episode pertama dimulai dengan watak Amni Sofina (Nur Fathia) bersama dengan kawan baiknya Auni (Chomel Fana) iaitu seorang 'tomboy', kembali ke univeriti untuk meneruskan pengajian mereka di dalam bidang Architecture (Senibina). Amni seorang gadis yang alim bertudung litup dan mempunyai karakter yang agak konservatif. Dia berasal dari keluarga yang susah di mana dia bergantung harap dengan duit PTPTN untuk menampung pengajiannya di universiti. Kesusahan Amni digambarkan di mana dia sendiri mengaku di dalam kelas bahawa roti yang selalu di bawanya di dalam beg adalah untuk makanan tengahari. Dia tidak mampu untuk membeli makanan tengahari dari kafe.

Aku jarang sekali tengok lakonan Nur Fathia. Walaupun sebelum ini dia pernah membintangi dalam drama bersiri HANI, memandangkan aku tidak mengikuti sangat drama HANI, so aku memang tak tahu tahap lakonan dia setakat mana. Apa yang aku nampak lakonan Fathia sebagai Amni belum cukup menyakinkan. Still ada lacking somewhere. Can't say anything since she still new in this industry. Kelihatan Fathia kurang menghayati watak Amni dengan sebaiknya. Wooden a little bit should I said. Lakonan yang bagi pendapat aku tidak memberi apa-apa kesan kepada penonton. Ini pendapat jujur dari aku. Mungkin pandangan korang lain. Di harap lakonannya akan bertambah baik di episode yang akan datang. 

Ciri-ciri perempuan Melayu terakhir dah ada CUMA lakonan belum cukup mantap
Irfan nie pulak seorang yang suka berpoya-poya di luar. He has a girlfriend named Tasha. Suatu hari Irfan memutuskan hubungannya dengan Tasha setelah melihat Tasha flirting with an old man. Since then, Irfan nekad untuk tidak lagi keluar dating dengan perempuan murahan seperti Tasha. Then suddenly it happened that Amni came across in his mind. Irfan pertama melihat Amni semasa dia menumpangkan sepupunya Fadhli (Munif Isa) untuk bertemu dengan Amni dan Auni. Dari situ lah sebenarnya Irfan sudah tertarik dengan Amni. Dengan menjadikan Fadhli sepupunya sebagai "Ejen Perisikan" nya, Irfan nekad untuk memikat Amni walaupun sudah diberitahu Fadhil yang Amni bukanlah seorang gadis yang mudah untuk didekati, didampingi dan dimiliki. Itu tidak menjadi halangan langsung kepada Irfan. Lagi susah seorang perempuan untuk ditackle lagi Irfan suka. Adventure la konon tu. Scene2 hendak memikat Amni nie rasanya yang membuat jalan cerita menjadi semakin menarik untuk ditonton.
THE STRENGTH in STANZA CINTA
Earlier I have mentioned that this drama has a very typical Malay drama script. Yup, BUT when come to Irfan dialogues, the script suddenly turn up so nice and sweet to hear. I believed most of you will agreed with me. I can remember all those words that came out from Irfan's mouth. Salah satu scene yang aku rasa semua orang akan ingat SGT2 ialah scene dalam kereta di mana Irfan membebel betapa bencinya dia kalau ada perempuan cuba nak menipunya. Then  terkeluar this ayat,"ENSEM ENSEM MACAM NIE PUN KENA TIPU". Seriously, I cannot tahan gelak bila dengar Irfan cakap macam tu. Di tambah lagi dengan expression muka yang memang tak boleh dilupakan la. THUMBS UP to AARON AZIZ who is really A SAVER to this drama. Not only that, here are some others "TAGLINES" yang masih segar di dalam kotak minda aku:

"Ini library bukan tempat nak ngorat2....tak belajar sivik ke?" ~Amni
"Belajar.....tak abisssss" ~Irfan
"Ini Irfan la, sekali ketip sepuluh datang....sekali ketip sepuluh hilang...."
"kad ustaz buat apa....."
I've compiled some those best scenes in one video. DO CHECK THIS OUT!!!!!!!!
Watak Taufik (lakonan Fizz Fairuz) tidak banyak menyerlah in this episode. Taufik adalah seorang penyanyi nasyid di mana di dalam episode ini sedang berbincang dengan seorang Datin iaitu ibu kepada Irfan mengenai pelancaran Konsert Amal yang bakal diadakan nanti. Adakah nanti kita akan mendengar Fizz Fairuz menyanyi di dalam drama ini? Hah, kalu nak tahu kena la follow this drama. Dengar cite Fizz akan menyanyi dengan kumpulan In-Team. Huhuhuhuhu, betul2 tak sabar nie nak tengok Fizz nyanyi nationwide.  Then ada lak watak seorang doktor yang dibawa oleh Azhar Sulaiman. Dan juga ada watak isteri doktor tu yang dilakonkan oleh Watie Sadali. Apakah kaitan mereka ini dalam drama ini, ku tidaklah tahu. Kewujudan mereka masih lagi dalam kesamaran. How Taufik will get connected with Amni and Irfan? Sound macam complicated sikit kan the jalan cerita. Well, we just have to keep watching to find out. ;)))

Lagu tema STANZA CINTA, "KISAH HATI" by Allyah:





6 comments:

  1. bestlah rewier episode 1 STANZA CINTA..

    ReplyDelete
  2. LY,
    ur review kan.. org tak yah tgk drama dah.. complete.. mcm akak punya stail, memang review part sekerat2.. sbb nak depa g follow tgk citer tu... ;)

    tahniah...

    ReplyDelete
  3. liena...hang punya review best...lg2 ada video tu...mmg best...keep up your good work beb... :))

    @--'-- N'Z...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...