Monday, July 11, 2011

Home » , , , , , , , , , , » TAHAJJUD CINTA SLOT ZEHRA TV3 - EPISODE 1

3
Comments
TAHAJJUD CINTA SLOT ZEHRA TV3 - EPISODE 1


Episode pertama TAHAJJUD CINTA ternyata tidak menghampakan. Suatu permulaan cerita yang amat baik untuk menarik penonton terus melekat di depan TV setiap minggu. TAHAJJUD CINTA menampilkan plot atau jalan cerita yang menarik di samping mempunyai sinematografi dan suntingan yang baik. Menonton drama ini seolah-olah menonton sebuah naskah filem. Dengan menampilkan pelakon-pelakon yang hebat, ternyata drama ini mempunyai auranya tersendiri di mana setiap pelakon berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Apa yang paling penting dalam sesuatu drama adalah mesej yang hendak disampaikan kepada penonton. TAHAJJUD CINTA sarat dengan pergolakan emosi dan cuba dikupas satu persatu berlandaskan syariat Islam. TAHAJJUD CINTA mengisahkan perjuangan seorang wanita yang mahu berjuang membantu wanita bila menyedari ramai wanita yang tidak tahu hala tuju apabila mereka ditindas terutama yang berkaitan dengan isu rumahtangga.

Untuk episode pertama ini banyak berkisar kepada Citra Maisara (FAZURA), Seri (FOUZIAH GOUS), Azihan (SHAHZ JASZLE) dan Wahdi (FAZREEN) yang merupakan pelajar semester akhir di sebuah universiti di Cairo, Mesir. Kalau tidak silap, penggambaran di buat di sekitar Jordan, sebuah negara yang mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri. Aku amat amat tertarik sekali dengan shoot2 yang di ambil. Thumbs up to the Art Director yang berjaya merakamkan setiap sudut dengan baik sekali.
4 sekawan: Azihan, Mahdi, Citra & Seri
Citra seorang pelajar yang sangat  aktif di dalam kegiatan memperjuangkan hak wanita di universiti tempatnya belajar di mana sering terlibat dengan aktiviti demonstrasi yang diadakan. Walaupun sering kali di tangkap tapi itu semua tidak pernah melunturkan semangat Citra. Citra digambarkan sebagai seorang yang suka memberontak untuk menegakkan kebenaran lagi-lagi kalau ada yang berkaitan dengan hak wanita. Dia tidak sekali gentar apa sahaja halangan yang mendatang. "JANGAN PANGGIL DIRI PEJUANG KALAU TAKUT BERDEPAN DENGAN CUBAAN", inilah prinsip Citra yang tak pernah goyah.

Citra bercita-cita mahu menjadi seperti wanita Islam pertama menjadi pemimpin mutlak iaitu Syajaratuddur daripada kerajaan Fatimiyah di Mesir. "SIAPA BERANI MELAWAN CITRA SYAJARATUDDUR, PEMIMPIN WANITA ISLAM MUTLAK MALAYSIA", begitulah tingginya cita-cita dan semangat juang yang ada dalam diri Citra. Lakonan Fazura sebagai seorang feminist di dalam drama ini memang amat terkesan sekali and it look so real. Kesungguhan Fazura bertutur di dalam Bahasa Arab amat dikagumi. Walaupun Fazura kelihatan sungguh berhati-hati dalam menuturkan setiap patah namun ia tidak sedikit pun menjejaskan lakonan Fazura. Bukan senang untuk mempelajari sesuatu bahasa yang bukan pertuturan harian kita dalam masa yang singkat. Seharusnya pujian harus diberikan kepada Fazura di atas usahanya itu.
Citra, pejuang hak asasi wanita
Citra menyambung pengajiannya undang-undang syariah di Mesir tanpa pengetahuan kedua orang tuanya. Citra runsing memikirkan penerimaan keluarga bila semua rahsianya terbongkar. Lagi-lagi mereka pasti akan terkejut akan penampilan Citra yang berjilbab. Persoalan yang bermain di minda aku adalah, macam mana ye parents Citra boleh tak tahu anak dorang nie tak belajar kat London, walhal mereka sering berulang-kali ke London? Ada sikit nampak tak logik kat sini tapi ini tidak mencacatkan langsung jalan cerita nie.
Seri & Wahdi
Seri pula mempunyai latar belakang yang jauh berbeza dengan Citra. Seri berasal daripada keluarga yang sederhana. Pengajiannya di Mesir pun ditanggung oleh seorang ustaz iaitu Ustaz Sauki (EMAN MANAN), kenalan rapat dengan ayah Seri (AHMAD TARMIMI SERIGAR). Seri tidak seaggresif dan seaktif Citra. Watak Seri digambarkan sebagai seorang yang naive, lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan background Seri yang berasal dari kampung. Seri bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarganya malah seluruh penduduk kampungnya kerana menjadi anak kampung pertama menjejak kaki ke Mesir. Seri merupakan seorang pelajar  yang seringkali mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. Maka, kepulangan Seri amat-amat dinantikan.
Keluarga Seri
Azihan dan Wahdi adalah dua sahabat yang sering kelihatan bersama2 dengan Citra dan Seri. Wahdi di dalam cerita ini merupakan kekasih kepada Seri. Wahdi bercita-cita untuk mengahwini Seri apabila mereka pulang ke Malaysia nanti. Azihan pula nampak gayanya macam suka kat Citra. Ini pandangan aku la sebab hubungan Azihan dan Citra masih dalam samar-samar in this episode. So, aku just assume la yang Citra ngan Azihan nie pasangan kekasih.
Azihan & Citra
Di dalam episode ini juga ditonjolkan konflik yang melanda dalam rumahtangga Emelda (TIZZ ZAQYAH) iaitu kakak kepada Citra. Walaupun perkahwinan Emelda dan Irfan (HERYANTO) atas dasar suka sama suka, tetapi mereka sering bertengkar. Sikap panas baran Irfan menyebabkan Emelda sering menjadi mangsa.   Pergolakan rumahtangga Emelda sudah diketahui umum oleh kedua ibu bapanya. Watak ibu dan bapa Emelda dan Citra dibawa oleh AZIZAH MAHZAN dan DATO JINS SHAMSUDDIN. 2 nama besar yang tidak asing dalam dunia lakonan tanahair. So, memang tak boleh dipersoalkan lah lakonan mereka. Memang SUPERB.
Citra's family
Turut dipaparkan di dalam episode ini, Ustaz Sauki dan empat orang isterinya, iaitu Hamani (ERMA FATIMA) isteri pertama, Qadirah (ZIELA JALIL) isteri ke-2, Syarifah (MELISSA SAILA) isteri ke-3  dan Umairah (DIRA ABU ZAHAR) isteri ke-4. Syarifah tidak puas hati dengan kehadiran Umairah sebagai isteri Ustaz Sauki. Dia cemburu dengan layanan yang diterima oleh Umairah. Umairah pula kelihatan macam tidak gembira di mana wajahnya kelihatan sentiasa sugul sahaja. Mengapa Umairah berlakuan begitu? Mungkin ini akan kita ketahui di episode yang akan datang. Lakonan Eman Manan sebagai Ustaz Sauki memang mantap. Watak ustaz yang dipegangnya amat bersesuaian sekali.
Ustaz Sauki dan isteri-isterinya
Secara keseluruhannya, TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah karya yang mempunyai identitinya tersendiri. Tidak adil sekiranya untuk membandingkan TAHAJJUD CINTA dengan NUR KASIH kerana kedua-duanya mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada penonton. Perjuangan hak wanita yang ingin diketengahkan di dalam TAHAJJUD CINTA adalah suatu idea yang sangat baik. Walaupun sarat dengan konflik-konflik yang hendak dikupas, tetapi dengan kebijaksanaan sang pengarah, setiap satu-satunya  diolah dan disusun dengan baik. 

3 comments:

  1. Review kali ni aku ske sangat2.. sebabnye aku dah jatuh cinta ngan cyte ni.. mule2 aku buat tak tau je ngan cyte ni sebab selalunye bagi aku pengarah dye ni buat cyte typical sedih2 je.. tapi bile aku dah bosan tadi, aku g r kt tonton.com tu.. usha cyte ni.. x sangka kali ni sang pengarah punya garapan yang amat menarik bagi sebuah konsep yang agak baru dalam dunia drama selepas Nur Kasih tu..

    Cyte ni punye kekuatan dye sendiri and lao nak dibandingkan dengan Nur Kasih memang tak adil sebab masing2 punya konsep tersendiri walau basic nye berdasarkan Islam dalam menyelesaikan konflik2 yang terjadi..

    Aku ske cyte ni sebab skrip penceritaan dye berkesan walau dalam bahase asing.. tapi, itu memberi kelainan pada cyte nih.. and walaupun Fazura atau Citra sebut sebijik2 tapi xpe sebab Arabic Language mmg susah nak dipelajari dlm mase yang singkat.. Thumbs up for her.. selain tu, setiap watak yang ade dlm cyte ni gak mmg power sebab dye org mmg hayati wtk2 dye org and sekaligus memberikan impak yang mendalam bagi setiap shoot dye org tu..

    besides, teknik permainan kamera bagi setiap angle juga bagus and clear..

    utk jwb soklan sang Penulis Review, parents Citra x tau dye xde kat London sebab Citra selalu ngelak bile teap kali parents dye nak jumpe berdasarkan alasan2 yang dye bagi kat Mama dye teap kali Mama dye call..


    *ape2 pun, NICE review kali nih*

    ReplyDelete
  2. @gerhana malamwallaweyh, pjg sungguh komen ko kali nie ye....ini meng"conform"kn yg ko betul2 suka cite nie :)

    Anyway, thanks for always support me...muahhhhhhh :)))

    ReplyDelete
  3. sbb jln crite dye best! hehe.. that's wht friends for.. hehe.. <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...