Friday, June 17, 2011

Home » , , , , , , , , » NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 23

2
Comments
NORA ELENA Drama Slot Akasia TV3 - EPISODE 23


Pasti korang dah tahu kan 'benda' apakah yg ditemui di dlm kereta #SethTan itu. For me tak de lah nk terkejut beruk sgt sbb 'benda' yg ditemui itu adalah sama seperti apa yg diceritakan di dlm novel. So, aku malas nk coret pjg2 lebar psl this part. Nanti ada lak kang yg muntah ijo bila baca entry aku nie. Kalu in novel kita mcm x rs apa sgt la. BUT when di apply kn ke screen TV, dia jd timbul satu perasaan lain. Aku nk story pun tak tau mcm mana. Let's just forget it about that scene.

Penemuan yg 'disgusting'
Aku more tertarik part si gedik Yvonne tu kena 'sacked' ngan #SethTan. Hahahahahaha padan muka dia. baru #SethTan taw PA dia cam na. Gunting dalam lipatan. Part Yvonne merayu2 kat #SethTan part yg aku rasa berbulu2 tinga aku dgr. Aduiiiii, naper sora dia mcm tu. Slang bahasa tah apa2. Aku rs bunyi pelik semacam ja. Mmg skrip soh buat mcm tu OR si pelakon nie mmg sora ori dia mcm tu. Seyes, tinga aku x leh tima org ckp mcm tu. Malang tul si Yvonne gedik tu, #SethTan dah tak kuasa nk kerja ngan org mcm tu. Yvonne siap2 merayu bagai agar dia tak diberhentikan keja. Katanya sanggup keja ngan #SethTan sampai bila2. Aduyaiiiii, dah org tak suka awak, blah ja la. Mmg sesungguhnya mental teramat sgt si Yvonne nie.
Seth tak percaya apa yg dh Yvonne buat to his marriage

Muka 'rejected'
Seth : "You don't know anything about my wife. Jadi you jgn sebut benda2 yg buruk psl dia ok!"
Actually tak byk aku nk tulih or komen bout this episode. Itu tak bermakna aku ckp episode nie x best. Cuma flow cite dlm episode kali nie dia agak "light & easy", santai gitu. Bagi aku x byk isu aku nk korek dlm episode 23 nie. Aku byk terkesan dgn dialog2 (script) yg sedap tuk halwa tinga aku dgr. Tak diakui script cite nie mmg mantap. Lagi2 kalu dialog tu kuar dr mulut #SethTan. Dgr #SethTan buka ja mulut pun aku leh terpegun. sighhhhh!!!!! [kata2 dr peminat yg 'terlampau'....;)))]

Perjalanan cite dlm episode nie bg aku agak emo sikit. Yg paling buat aku rs sedey sgt2 la ms mak NE mengungkit balik kata2 yg pnh dia ckp kat #SethTan masa #SethTan baru nikah ngan anak dia NE. Aku terbayang kn yg kata tu kuar from mak aku suatu hari nnt bila dia nk lpskn aku slps aku dh bergelar isteri org. Aduiiiiiiiii aku sure amat sure akan meraung  punya. Ini dia pesanan yg aku rs semua mak2 di atas bumi nie pasti akan ckp after anak dia org especially anak gadis mereka berkahwin. Walaupun, x dak lah sebijik mcm dialog nie, tapi lebih kurang ja la maknanya.
"Kalu kamu dah x sanggup lagi menjaga Nora, kamu pulangkanlah dia kepada kami ye....janganlah kamu sakiti dia ataupun sia2kn hidup dia...." ~ Mak Nora
Korang x tersentap ka bila mak korang ckp mcm kat atas nie after korang dh tkr status nnt from single to married?????????

Mother is always be mother forever...even anak dia dh jd hak org, BUT her concern never fade

"Kalau boleh saya nak nak jaga Nora sampai tua sampai hujung nyawa saya...." ~ Seth Tan

 Ok, lepas nie kalu ada sequel tuk cite nie, kita leh namakan dia "NORA ELENA - SEHINGGA HUJUNG NYAWA" hehehehehehe ;)))

Perang antara Nora dan #SethTan masih lagi belum reda. #SethTan sedaya upaya untuk memenangi dan memujuk Nora walaupun dia tahu itu bukan sesuatu yang mudah. #SethTan cuba menjadi yg terbaik buat Nora. Tapi Nora sikit pun tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan yg dia amat cintakan Nora. Nora terlalu bersikap salah sangka dan prejudis kepada suaminya #SethTan. Apa sahaja yang suaminya buat serba tidak kena di mata. Nasib baek la si suami seorang yg amat penyabar sekali. Sifat penyabar terlampau #SethTan mmg aku tabik spring. Mana nk cari org mcm nie. Tell me ada lagi lelaki species nie in our reality world????? Sabar ja ngan segala kerenah si isteri. Kadang2 kita yg tgk nie pun hilang sabar ngan peel si Nora nie. Kadang2 macam nk lempang ja Nora nie sbb tindakan dan perbuatan dia tu mcm tak respect suami dia ja.

10 tahun #SethTan mencari Nora. Ini semua adalah disebabkan perasaan sayang dan terlalukan cintakn Nora. #SethTan tidak mahu disebabkan oleh rahsia hitam itu dia kehilangan Nora buat selama-lamanya. #SethTan mengaku apa yg berlaku 10 tahun lalu adalah satu kesilapan yang dia sendiri tak dapat maafkn dirinya sendiri.

"Abg tak cakap pun abg baik tapi at least abg cuba jadi baik..." ~ Seth  Tan

Seth dah tak tahu nk buat apa dgn Nora yg amat suka salah sangka dan prejudis terhadap dirinya

Like I've mentioned earlier, aku suka SGT2 kalu dialog2 yg kuar from mulut Seth nie. Ini antara dialog2 yg aku suka in this scenes:

"Abg sayangkan Nora  abang cintakan Nora SGT2"

"Memang abang silap, silap SGT2"

Aku suka dgr the way #SethTan tekankan perkataan "SGT2" tu....sedap je dgr.....[kalu dah nama peminat tegar apa sahaja semuanya sedap didgr ] ;)))


Nora mengalami sindrom "morning sickness" yang amat teruk sekali. Kalu tgk mmg kesian la pulak. Sampai jd lembik dibuatnya. Salute la sama Siti Saleha nie. Mmg dia berjaya membawakn watak nie ngan sgt bagus. Kita boleh betul2 nampak dia betul2 tak sihat mean sakit la. Ngan muka pucat, ngan rambut tak terurus, mmg nampak so realllllll okey!!!!! Walaupun layanan Nora amat dingin sekali terhadap #SethTan, tapi #SethTan tidak sama sekali mengabaikan isterinya itu. Sentiasa berada di sisi isteri tersayang. Keadaan Nora semakin teruk sehingga dia telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh terlalu kerap sgt muntah sehingga berlaku dehydration dlm badan.


Cuba korang tgk betul2, SO REAL SICK kan!!!!!!!
Bertuah betul makhluk Allah yg bernama NORA ELENA nie. Dia dikurniakn ngan seorang suami yg betul2 mengambil berat ttg diri dia. #SethTan menjaga Nora bagai menatang minyak yg penuh. Dia jaga Nora mcm dia jaga seorg baby yg baru lahir. So so so caring k. Aku caya pasti ramai wanita kat luar sana berharap SGT2 yg mereka berada di tempat Nora. Don't kelentong me la korang semua. Aku pun salah sorangnya. Wei, sapa yg tak mau suami se ensem sebaik seromantik sehebat #SethTan tu. Sayangnya, semua ini hanya dalam drama. Adakah situasi mcm ini berlaku in reality? Wallahuallam. Kalu ada pun might b one in a billion....
Please tell me, sapa yg tak mau jd mcm Nora Elena nie????
Alahaiiiiiii.......comeiiiiiinya tgk2 dua2 sleeping beauty nie.....

Hati Nora tersentuh [from my observation la] apabila mendgr sendiri #SethTan sanggup rugi berjuta2 apabila Khairul [suami Nila] menamatkan kontrak pernigaan dgn #SethTan kerana #SethTan menyelamatkan Nila, kawan baik Nora. Dan yg paling tak disangka2 Nora ialah #SethTan adalah org yg bertanggungjawab mengupah peguam untuk menyelesaikan masalah Nila. Adakah hati Nora akan lembut setelah megetahui semua ini???? Payah nk cakap sbb Nora nie bagi aku la ego dia terlalu tinggi. Lagi tinggi dr Mt Everest kot aku rs. Mmg payah nk robohkn tembok ego dia nie.


"SETIAP ORANG YANG BERSALAH BERHAK DIBERI PELUANG KEDUA"
Malik, pekerja #SethTan, datang melawat ke hospital sempat berpesan kepada #SethTan supaya berhati2 dengan Yvonne. Malik tidak berasa sedap hati bila dgr Yvonne ckp yg dia akan bunuh Nora Elena. Walaupun ms ckp tu Yvonne dlm keadaan x baper nak waras, mean tgh mabuk, tapi Malik risau Yvonne akan buat apa yg dia cakap. #SethTan, bila dapat tau, apalagi, terkejut la. Dia tak sangka Yvonne akan bertindak sampai begitu. Nora pun amat terkejut bila dgr ada org sanggup bunuh dia kerana cintakan seorang lelaki. Episode 23 ditamatkan di sini.


Nora terkejut bila mendapat tahu yg Yvonne hendak membunuh dia...




2 comments:

  1. part mak NE ckp ngn Seth tu mmg sentap gak r dgr.. n mmg tym tu ter'imagine' mcm mne lao mse kawen t mak ckp mcm ni.. mau nye mnanges sgt2..

    ReplyDelete
  2. kakyong paling suka scene ST pegang kepala nora (masa dlm wad).. pastu cium plak.. adoiii.... betul2 lovley husband la,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...